Tuesday, 18 December 2012

wahai teman

wahai teman, adakalanya hidup kita sering berubah, adakalanya yang jahat jadi baik, dan yang baik lebih kepada, yang lebih baik, kita sentiasa mengharapkan redha Ilahi, kita berusaha untuk jadi muslin dan muslimah, yang terbaik di sisi Allah, wahai teman, adakalanya kita pernah membuat silap, tanpa kita sedari atau pun kita sedar, segala yang berlaku adalah ujian semata-mata, kerana Allah ingin menguji iman kita, walau pun kita pernah melakukan kesalahan, dan iman hampir tergugat, cepat-cepatlah memohon ampun, dan taubat kepada Allah, kerana Allah maha pengasih lagi maha penyayang, dan maha pengampun serta maha mererima taubat hambanya, wahai teman, sedarilah dan bangkitlah dari tidur yang lena, segeralah memohon ampun dan taubat, kepada Allah, sesungguhnya kematian itu bila-bila masa, ia akan terjadi kerana itu sudah ketentuanNYA, sama-sama kita berdoa semoga Allah, sentiasa menerima amalan kebaikan kita kepadaNYA, wahai teman, sebelum aku melangkah pergi, izinkan aku memohon ampun dan maaf, sekiranya aku pernah melakukan kesilapan, kepada kalian, kerana selagi hayat aku masih bernafas, selagi itu aku sentiasa memohon maaf, kepada teman-teman ku, semoga kita bertemu kembali, di masa akan datang, semoga Allah sentiasa memberkati, dan merahmati hidup kita bersama, dunia dan akhirat.....