Novel ku
Tuesday, 8 January 2013
Puas aku mencuba untuk menepiskan segala perasaan yang selalu datang dalam hati ku. Aku hanya ingin cinta dan rindu daripada Allah bukan daripada dia. Tapi kenapa aku setiap detik aku mengejar cinta dan rindu Allah makin kuat juga perasaan cinta dan rindu daripada dia sering datang menegjar aku. Aku rasa lebih bahagia dan terlalu indahnya mencintai Allah. Aku tak perlu berusahah mengejar cinta sejati. Aku hny perlu berusaha mengejar cinta sempurna kerana blm cukup sempurnanya cinta ku kepada Dia. Allah sentiasa membalas cinta sentiasa membalas rindu ku kepadaNYA. Tetapi dia, selalu menafikan walau pun aku sentiasa merasakan setiap debaran rasa cinta bila saat aku terasa rindu itu datang tanpa diundang.
Aku tak ingin menambah dosa dengan mencinta seseorang yang tidak ada redha daripada Allah. Aku sedar siapalah aku dalam hatinya, aku sedikit pun tidak mengharap akan menjadi milik dia atau memiliki cinta hatinya. Apa yang aku harapkan adalah cinta Allah yang tiada penghujungnya.
Tuesday, 18 December 2012
wahai teman
wahai teman,
adakalanya hidup kita sering berubah,
adakalanya yang jahat jadi baik,
dan yang baik lebih kepada,
yang lebih baik,
kita sentiasa mengharapkan redha Ilahi,
kita berusaha untuk jadi muslin dan muslimah,
yang terbaik di sisi Allah,
wahai teman,
adakalanya kita pernah membuat silap,
tanpa kita sedari atau pun kita sedar,
segala yang berlaku adalah ujian semata-mata,
kerana Allah ingin menguji iman kita,
walau pun kita pernah melakukan kesalahan,
dan iman hampir tergugat,
cepat-cepatlah memohon ampun,
dan taubat kepada Allah,
kerana Allah maha pengasih lagi maha penyayang,
dan maha pengampun serta maha mererima taubat hambanya,
wahai teman,
sedarilah dan bangkitlah dari tidur yang lena,
segeralah memohon ampun dan taubat,
kepada Allah,
sesungguhnya kematian itu bila-bila masa,
ia akan terjadi kerana itu sudah ketentuanNYA,
sama-sama kita berdoa semoga Allah,
sentiasa menerima amalan kebaikan kita kepadaNYA,
wahai teman,
sebelum aku melangkah pergi,
izinkan aku memohon ampun dan maaf,
sekiranya aku pernah melakukan kesilapan,
kepada kalian,
kerana selagi hayat aku masih bernafas,
selagi itu aku sentiasa memohon maaf,
kepada teman-teman ku,
semoga kita bertemu kembali,
di masa akan datang,
semoga Allah sentiasa memberkati,
dan merahmati hidup kita bersama,
dunia dan akhirat.....
Wednesday, 28 November 2012
Ya Allah
Ya Allah,
Aku telah jatuh cinta padanya,
sedangkan cinta ku kepada MU,
belum cukup sempurna bagi ku,
aku mencintai dia kerana imannya,
akhlaknya serta cintanya kepada MU,
membuatkan hati ku bertaut kepada dia,
aku tak berani meluahkan kepada dia,
bukan kerana aku takut kehilangan cinta dia,
tapi aku takut akan kehilangan cinta MU,
Ya Allah,
peliharalah hati ku dengan iman dan taqwa ku,
Aku sentiasa mencari cinta sejati,
daripada Engkau,
tanpa aku sedari ia wujud dalam hati ku,
Aku pendamkan cinta ku ini adalah kerana MU,
kerana aku ingin sentiasa memohon petunjuk DariMU,
kerana Engkau lebih mengetahui daripada aku,
tapi aku yakin dia boleh membimbing aku,
ke ke jalan yang Engkau redhai,
Ya Allah,
aku mencintai dia bukan kerana rupa parasnya,
tapi kerana niat hati ku yang sangat ikhlas,
kerana MU,
aku hanya terima keputusan yang pasti daripada MU,
berilah aku jawapan apa yang seharusnya aku lakukan,
kerana cinta ku kepada dia semakin dekat dalam hati ku,
hati ku rasa tenang mencintai dia,
aku rasa bersemangat kerana hadirnya cinta dia dalam hati ku,
semua ini adalah kerana MU,
Ya Allah,
aku sangat bersyukur kepada MU,
kerana Engkau pertemukan aku dengan dia,
Engkau jadikan dia sebagai sahabat ku,
namun apakah dia akan merasai,
cinta yang hadir dalam hati ku ini adalah untuk dia,
adakah dia mampu terima diri aku seadanya,
setelah dia tahu siapa aku sebenarnya.?
Ya Allah,
aku hanya mampu berdoa kepada MU,
aku tak meluahkan kepada dia,
bukan kerana aku takut dia akan tolak cinta aku,
kerana aku sentiasa mengharapkan ketenangan,
yang datang dalam hati ku,
hanya mendengar zikir-zikir MU,
yang membuatku tenang apabila aku terasa,
rindu dan ingat akan dia,
Ya Allah,
aku memohon kepada MU,
jadikanlah cinta hadir dalam hati ku ini,
sekali lagi,
jadikanlah ia sebagai cinta terakhir ku,
yang takkan wujud lagi untuk sekian kalinya,
melainkan cinta ku yang kekal,
hanya kepada MU,
Aku yakin aku telah tamui cinta sejati ku,
dengan izin Daripada MU..
Ya Allah,
kabulkanlah segala doakau ini,
akumengharapkan cinta wujud dengan izin MU,
Ya Allah,
kabulkanlah permintaan ku yang terakhir ini,
sebelum ajal menjemput aku,
tunaikanlah impian ku,
untuk menjadi seorang isteri yang soleha,
yang dibimbing oleh bakal suami ku,
yang aku cintai kerana MU
untuk merebut cinta Dari MU,
dan tinggal di taman syurga MU,
Ya Alllah............
Wednesday, 14 November 2012
Ampuni segala dosa ku ya Allah
Ya Allah Engkau ampunilah setiap detik dosa ku, walau sebesar lautan dan setinggi gunung ampunilah setiap dosaku sejak aku dilahirkan sehingga kini. Ya Allah tidak terkira sejauh besar mana dosa ku kepada MU, dan aku mengharapkan Engkau Ya Allah ampunilah dosaku. Terimalah taubat ku ya Allah, sesungguhnya sangat takut akan seksaan api neraka mu dan seksaan kuur mu yang maha dashat. Ya Alla terimalah segala amalan kebaikan ku, bila2 masa Engkau akan mengambil aku. Pimpinlah dan bimbinglah aku ke jalan Mu ya Allah, agar aku meyiapkan diri untuk mengahdapi sakaratul maut dan berhadapan Dengan Mu ya Allah. Sempurnakanlah cinta ku kepada Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang.
Tuesday, 24 April 2012
Kerinduan
Rasa kesepian di hati merindukan orang jauh,
Yang sentiasa bersama ku,
walau pahit dan manis,
kenangan ku kepada kalian tidak dapat lupakan,
sentiasa tersemat dalam hati ku,
air mata mengalir di hati tidak dapat kutanggung,
Kerinduan yang amat mendalam sentiasa berbunga tanpa hentinya,
bukan ku pergi untuk meninggalkan kalian buat selamanya,
demi kejayaan ku korbankan segalanya,
bukan terlalu lama untuk ku pergi,
demi masa depan yang ku tujui...
Saturday, 14 April 2012
Sudah bertahun lamanya,
tempat yang indah tumbuhan kehijauan,
tercipta makhluk haiwan yang terpelihara,
dengan penjagaan yang rapi,
ku melihat makhluk ciptaan Allah,
yang mempunyai banyak karenah,
telatahnya dan kenakalannya,
membuatkan ramai orang datang mengungjung,
bukan sahaja tempatan,
malah hampir seluruh dunia,
berminat untuk berkunjung,
melihat telatah makhluk haiwan ini,
seperti bayi yang dijaga tapi sungguh comel,
pergi bersama keluarga yang jauh nun di sana,
sudah 12 tahun tidak kembali memijak tanah air,
kelahiran di negeri sendiri,
di mana ibundanya adalah rakyat tempatan di sini,
tetapi sudah 13 tahun meninggalkan tempat ini,
dan telah pun pergi selamanya,
tinggallah warissan dan zuriat sebagai penyambung tali persaudaraan,
namun kenangan indah ini sukar untuk dulupakan,
andai masih ada masa lagi ingin sekali aku pergi ke tempat. ini..:)
Taman Buaya
Sempat lagi kan berjalan2 pergi taman buaya.. seronoknya. sudah lama aku tak memijak kaki taman buaya asyik lalu lalang je... nama jer orang sandakan tapi lama tak pijak taman buaya heheheheh kesian3.. hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)








