Seringkali aku melihat mu,
seringkali itulah rindu ku selalu ada,
ia datang tanpa diundang,
ia pergi tanpa keizinan ku,
namun adakah kerinduan itu,
akan terbalas oleh mu,
atau hanya aku seorang yang merasakan,
rindu itu datang,
kenapa setiap kali aku bersua dengan mu,
lidah ku kelu berbicara,
berpura-pura,
cinta ku kepada mu,.
tiada dalam hati ku,
sedangkan aku menahan segalanya,
bersikap seperti aku tabah menghadapinya,
tapi setiap kali itulah air mata ku mengalir,
kerana merindui mu,
aku merasakan debaran ku,
bila kau hadir di hadapan ku,
namun aku tahu siapalah aku untuk mu,
mungkin tiada lagi ruang hati mu untuk aku,
aku berlakon menjadi sahabat mu,
sedangkan hakikatnya,
aku teramat sangat mencintai mu,
setulus ikhlas hati ku,
percayalah aku mencintai mu,
kerana Allah taala....
Tuesday, 17 January 2012
Monday, 16 January 2012
..........
Sunday, 15 January 2012
salah satu bab jalan cerita novel ku...
saat pemberitahuan di dalam laman muka buku dia mengatakan dia juga sudah bertunang seperti aku, lalu pergi bercuti seorang diri untuk tenangkan fikiran kerana hati terguris saat orang yang disayangi dan dicintai sudah pun dimilikki. andai dia tahu betapa aku cinta padanya...
luahan hati
ku berpura-pura,
seolah tiada yang berlaku,
kebenaran yang tersembunyi,
sentiasa tertutup takkan ada,
siapa yang tahu,
walau pun aku belum pernah menemui mu,
namun hati ku selalu ada nama mu,
bagaikan tercipta satu nama,
yang sudah pun tertulis,
namun adakah dikau mengerti,
tentang perasaan yang sentiasa hadir,
dan selalu wujud dalam hati ku,
tak mampu aku berharap agar ia menjadi milik ku,
tak mampu lagi aku menahan rasa ini,
membuatkan aku sering menanti,
kasih yang belum pasti wujudnya lagi,
namun seringkali kau muncul,
kerinduan ku pada mu semakin mendalam,
aku tidak mengharap kau akan merasakannya,
kerana aku tahu hati mu pada orang lain,
mungkin tiada ruang lagi untuk aku,
di dalam hati mu,
aku ikhlas kan hati ku walau apa pun...

Menangis
Awan menangis membasahi bumi,
Angin bertiup air hujan membasahi ku,
Lalu ku berdiri seorang diri,
ku terkhayal seketika,
Agar cinta yang hadir,
Sentiasa bersemadi dalam hati.
Angin bertiup air hujan membasahi ku,
Lalu ku berdiri seorang diri,
ku terkhayal seketika,
Agar cinta yang hadir,
Sentiasa bersemadi dalam hati.
Sunday, 8 January 2012
Ketika Cinta Bertasbih
Ku pertahankan cinta ini,
Yang tiada noktah,
Dan tiada penghujungnya,
Walau ku bertarung dengan nyawa sekali pun,
Namun cinta ku pada mu,
Tetap teguh dan utuh,
Seperti teguhnya tiang agama kita (Islam),
Namun ku tidak menangisi,
Setitis air mata pun,
Kerna aku hanya mampu,
Berzikir berdoa dan tawakkal,
kepadaNYA,
ku akan menangisi sesungguhnya,
Aku mendengar kalimah-kalimah Allah,
Lalu tanpa aku sedari aku merindui mu,
Jatuh air mata membasahi pipi ku,
Walau pun sukar untuk dipercayai,
Namun inilah yang berlaku pada diri ku,
Hanya zikir kasih yang dapat menyatukan cintaku pada mu,
Hanya doa dan tawakkal
Yang memberikan semangat kepadaku,
Untuk merasakan cinta ini,
Cinta yang dekat kepada Allah taala,
kerana inilah yang aku rasakan,Dan ku harapkan restu dan keredhaan dari Allah,
Yang pasti berkekalan,
Hingga akhir hayat ku dunia akhirat,
Jika aku tewas dengan cinta ini,
sesungguhnya aku tidak dapat menerima,
segala qada dan qadar,
Dan tidak mempunyai ketabahan dan kesabaran,
untuk menghadapi segala ujian Ilahi,
Apa yang mampu aku lakukan sekarang ini,
Hanya mampu berserah kepadaNYA,
sesungguhnya inilah ujian cinta ku,
Yang diberikan oleh Allah taala,
Ya Allah berikanlah aku semangat dan kekuatan,
untuk menempuhi segala ujian cinta yang kau berikan pada ku,
Wallahualam..

Erti Sebuah cinta
Ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan cinta?? Ada di kalangan kita mengannggap cinta ini adalah satu bahan mainan setiap insan yang mengatakan cinta itu sentiasa datang dan pergi. Pernahkah kita sebagai insan ingin mengenali sebuah cinta yang suci dan sejati? Adakah kita sebagai insan untuk mencari cinta ini dan kekalkan ia di dalam hati hingga akhir hayat dunia dan akhirat? ramai mengatakan cinta itu akan pudar andai kata ianya tidak dianggap cinta yang hakiki.
Apa yang ingin aku kata kita sebagai hambaNya kejarlah cinta Dia selagi kita belum dapat merasakan cinta yang datang Daripada Dia. Selagi itulah kita sebagai hamba sentiasa berusaha dan terus berusaha mengejar cinta Allah. seperti mana kita menyintai seorang insan begitulah kita kejar cinta Dari Dia dan lebihkan cinta yang ada dalam hati kita kepada Allah. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah sentiasa memperkenankan doa hambaNya agar kita sentiasa ingat Pada Dia, merindui Dia dan mencintai Dia selamanya.
Allah akan berikan cinta itu kepada kamu kepada seorang insan yang layak menerima cinta itu. Percayalah sesungguhnya Allah itu lebih maha mengetahui segalanya. kadangkala Allah memberikan cinta itu kepada hamba yang disayangi OlehNya. Dan sepatutnya kita sebagai hamba sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang diberi OlehNYa.
Dan memang Allah telah menetukan jodoh hambaNya di dunia ini. Dan sebagai hamba yang soleh dan soleha haruslah berusaha mencarinya. Terlebih dahulu Allah menginginkan hambaNya mengejar cintaNYa terlebih dahulu dan percayalah Allah pasti akan memberi cinta itu kepada kamu. Oleh itu cinta yang suci dan sejati adalah cinta Kepada Allah kemudian selebihnya carilah cinta itu yang datang DaripadaNya.

Perasaan Hati
adakala hidup ini sukar untuk dimengerti,
adakah perasaan yang sentiasa hadir dalam hidup,
benar2 wujud dalam hati,
hanya keyakinan pada yang satu..
perasaan yang ada sentiasa wujud dan hadirnya ia,
dengan izin Allah s.w.t...
namun ramai yang keliru kerana,
mereka merasakan perasaan itu adalah mainan syaitan,
bila iman dihati itu kuat InsyaAllah,
perasaan hati benar dan tidak ada tipu musihatnya,
yakinlah sesungguhnya kita diciptakan sebagai insan,
yang hidup di dunia ini sentiasalah berdoa dan berzikir kepadaNYA,
agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah,
sebagai insan yang soleh dan soleha,
ingatlah kita seharusnya berusaha, berserah dan tawakkal,
kepadaNYA... yakinlah dengan segala ketentuan Allah s.w.t,
dan segala yang berlaku ada hikmah di sebalik,
dalam perjalanan hidup kita ini.

Renungan Bersama
pertama kali aku mengenal erti sebuah cinta, aku fikir ianya akan berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan. ternyata sangkaan meleset, kerana cinta pertama yang pernah hadir dalam hati ini ku harapkan ia berkekalan hingga akhir hayat ku. tapi cinta itu ternokhtah tanpa sebarang ulasan yang sukar untuk aku fahami. segalanya telah diatur dan aku hanya menganggap ia sebagai satu ujian sebagai seorang hambaNYA. iya! memang aku sangat sayang cinta pertama ku ini tapi akhirnya ia pergi dengan aliran air di sungai dengan hala tujuannya sendiri. sukar untuk kubayangkan bagaimana rasa seksanya di hati ini setelah cinta yang pernah bertakhta di hati berakhir begitu sahaja.
namun aku kuatkan semangat ku untuk menjalani liku2 kehidupan dengan berbekalkan zikir di hati. mujurlah aku sempat mencari cinta yang sejati yang benar2 wujud dalam hati tanpa aku sedari. dengan cinta ini aku terlalu banyak belajar erti ketabahan dan kesabaran. dan aku sangat yakin cinta inilah yang kekal buat selamanya dunia dan akhirat. walaupun aku pernah mengharapkan cinta seorang insan namun aku dibalas dengan kesakitan. cinta kepadaNYA dibalas dengan ketenangan dan kebahagiaan menuju ke jalanNYA. dan aku yakin aku pasti dapat cinta yang akan hadir dalam hati ini untuk mendapatkan cinta sejati ku.
pada masa aku hanya mengejar cinta padaNYA, yang tiada keraguan dalam hati. segalanya berlaku dengan tenang tanpa ada perasaan gundah gulana. aku sentiasa merindui Dia selalu tanpaNYA siapalah aku untuk melihat hak milikNYA di dunia ini. dengan cinta yang diberikan padaku aku ku jaga dan ku genggam hingga akhir hayat ku dunia akhirat.
tiada cinta yang boleh kekal melainkan cinta kita sebagai insan kepada yang maha Esa. aku cinta PadaMU

Cinta Sejati
Kau yang ku sayang dan kau yang ku cintai, kerana dari setiap naluri hati dan perasaan cinta mu aku menemui cinta sejati daripada Allah.. tidak semudah yang kau fikirkan yang aku bisa melupakan mu, kerana aku tidak akan pernah berhenti berdoa agar kita disatukan dengan izin Allah yang kekal untuk selamanya. sama2lah kita membina sebuah keluarga sakinah agar terbinanya satu mahligai di syurga cinta sejati kita. Wallahualam. Kerana hanya satu impian ku sebelum aku menutup mata aku ingin menjadi isteri mu yang soleha serta melahirkan zuriat mu di dunia ini, agar dia menjadi anak yang soleh dan soleha.
Percayalah
Hanya kau yang ku rindukan selalu,
Hanya kau yang aku cintai dan sayangi,
Ikhlas dari sepenuh hati ku,
Cinta ku kepada mu telah ku semadikan,
Dalam sebuah kitab al-Quran,
Dengan keindahan ayat2 suci,
Ku bacakan khas untuk mu,
Agar kau sentiasa merasakan cinta ku yang ikhlas,
Kerana Allah..
Kerana cinta mu kepada ku telah ku satukan,
dengan cinta ku,
Dalam sebuah kitab al-Quran,
Yang sentiasa kekal buat selamanya..
Percayalah...

Tuesday, 3 January 2012
Apakah
Apakah aku masih bisa menanti mu,
Apakah aku masih bisa memilikki cinta mu,
Apakah aku masih bisa merasakan kasih sayang mu,
Apakah aku masih bisa ungkapkan semua,
kata-kata yang terkubur lama dalam hati ku,
Apakah kau bisa mengerti perasaan ini,
Segalanya ada pada mu,
Aku hanya menanti jawapan dari mu.

Monday, 2 January 2012
kerana cinta Allah
Kerana cinta Allah,
kita bertemu,
Kerana cinta Allah,
Kita berkenalan dan saling mengenali,
Kerana cinta Allah,
Kita jatuh cinta,
Kerana cinta Allah,
Hati kita telah disatukan,
Kerana cinta Allah,
Kita telah di uji dengan pelbagai ujian,
Dan Kerana cinta Allah,
aku sabar dan tabah menghadapi ujian ini,
Dan kerana cinta Allah,
aku redha dan terima dengan hati yang ikhlas,
Dan Kerana cinta Allah,
aku hanya mampu berdoa dan usaha,
Dan Kerana cinta Allah jualah,
aku berserah, tawakkal KepadaNYA,
Kerana Hanya Dia yang lebih maha mengetahui,
Segalanya rahsia Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)