Tuesday, 8 January 2013

Puas aku mencuba untuk menepiskan segala perasaan yang selalu datang dalam hati ku. Aku hanya ingin cinta dan rindu daripada Allah bukan daripada dia. Tapi kenapa aku setiap detik aku mengejar cinta dan rindu Allah makin kuat juga perasaan cinta dan rindu daripada dia sering datang menegjar aku. Aku rasa lebih bahagia dan terlalu indahnya mencintai Allah. Aku tak perlu berusahah mengejar cinta sejati. Aku hny perlu berusaha mengejar cinta sempurna kerana blm cukup sempurnanya cinta ku kepada Dia. Allah sentiasa membalas cinta sentiasa membalas rindu ku kepadaNYA. Tetapi dia, selalu menafikan walau pun aku sentiasa merasakan setiap debaran rasa cinta bila saat aku terasa rindu itu datang tanpa diundang. Aku tak ingin menambah dosa dengan mencinta seseorang yang tidak ada redha daripada Allah. Aku sedar siapalah aku dalam hatinya, aku sedikit pun tidak mengharap akan menjadi milik dia atau memiliki cinta hatinya. Apa yang aku harapkan adalah cinta Allah yang tiada penghujungnya.