Wednesday, 28 November 2012
Ya Allah
Ya Allah,
Aku telah jatuh cinta padanya,
sedangkan cinta ku kepada MU,
belum cukup sempurna bagi ku,
aku mencintai dia kerana imannya,
akhlaknya serta cintanya kepada MU,
membuatkan hati ku bertaut kepada dia,
aku tak berani meluahkan kepada dia,
bukan kerana aku takut kehilangan cinta dia,
tapi aku takut akan kehilangan cinta MU,
Ya Allah,
peliharalah hati ku dengan iman dan taqwa ku,
Aku sentiasa mencari cinta sejati,
daripada Engkau,
tanpa aku sedari ia wujud dalam hati ku,
Aku pendamkan cinta ku ini adalah kerana MU,
kerana aku ingin sentiasa memohon petunjuk DariMU,
kerana Engkau lebih mengetahui daripada aku,
tapi aku yakin dia boleh membimbing aku,
ke ke jalan yang Engkau redhai,
Ya Allah,
aku mencintai dia bukan kerana rupa parasnya,
tapi kerana niat hati ku yang sangat ikhlas,
kerana MU,
aku hanya terima keputusan yang pasti daripada MU,
berilah aku jawapan apa yang seharusnya aku lakukan,
kerana cinta ku kepada dia semakin dekat dalam hati ku,
hati ku rasa tenang mencintai dia,
aku rasa bersemangat kerana hadirnya cinta dia dalam hati ku,
semua ini adalah kerana MU,
Ya Allah,
aku sangat bersyukur kepada MU,
kerana Engkau pertemukan aku dengan dia,
Engkau jadikan dia sebagai sahabat ku,
namun apakah dia akan merasai,
cinta yang hadir dalam hati ku ini adalah untuk dia,
adakah dia mampu terima diri aku seadanya,
setelah dia tahu siapa aku sebenarnya.?
Ya Allah,
aku hanya mampu berdoa kepada MU,
aku tak meluahkan kepada dia,
bukan kerana aku takut dia akan tolak cinta aku,
kerana aku sentiasa mengharapkan ketenangan,
yang datang dalam hati ku,
hanya mendengar zikir-zikir MU,
yang membuatku tenang apabila aku terasa,
rindu dan ingat akan dia,
Ya Allah,
aku memohon kepada MU,
jadikanlah cinta hadir dalam hati ku ini,
sekali lagi,
jadikanlah ia sebagai cinta terakhir ku,
yang takkan wujud lagi untuk sekian kalinya,
melainkan cinta ku yang kekal,
hanya kepada MU,
Aku yakin aku telah tamui cinta sejati ku,
dengan izin Daripada MU..
Ya Allah,
kabulkanlah segala doakau ini,
akumengharapkan cinta wujud dengan izin MU,
Ya Allah,
kabulkanlah permintaan ku yang terakhir ini,
sebelum ajal menjemput aku,
tunaikanlah impian ku,
untuk menjadi seorang isteri yang soleha,
yang dibimbing oleh bakal suami ku,
yang aku cintai kerana MU
untuk merebut cinta Dari MU,
dan tinggal di taman syurga MU,
Ya Alllah............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment