Friday, 3 February 2012

Hanya Dia yang menentukan


Bab 1

                Andai aku bisa ungkapkan segalanya ingin sekali aku menyatakannya kerana aku cinta padanya. Namun itu semua adalah khayalan semata-mata kerana jiwa meronta hati terseksa tiada siapa yang akan memahami dan mengerti apa yang sebenar aku rasakan. Walau pun sebelum ini aku tidak pernah melihatnya tapi hanya mengenali dia dari alam maya, namun itu tidak mematahkan semangat ku untuk mengenali dia lebih dekat lagi. Tanpa aku menyedari yang aku jatuh cinta kepada “jejaka secret admire.” Dia pernah berterus terang kepada aku bahawa aku hanyalah sahabat dia dalam laman web “facebook.”
                Di saat ini aku sering teringatkan seseorang yang sentiasa muncul dalam khayalan aku. Apakah dia juga turut merasakan apa yang sedang bergelora di jiwa ku ini. Seringkali aku terfikir sejenak kerana tiada apa yang mustahil dalam hidup semuanya berlaku dengan begitu pantas tanpa aku sedari. Kadangkala mentari yang kita sangkakan akan berkekalan sampai ke penghujungnya namun ia berakhir dengan berganti malam yang sentiasa menanti bila tiba saatnya nanti. Itu semua telah pun ditakdirkan dan ditentukan dari Ilahi dan begitu juga lumrahnya cinta sama seperti semesta alam yang sering bertukar  ganti kerana memang sudah takdirnya.
                Aku berharap suatu hari ia menjadi satu kenyataan apa yang aku impikan selama ini,  iaitu menemui cinta sejati yang tiada penghujungnya.
“Bilakah tiba saatnya cinta yang ingin aku miliki akan muncul dalam hidup aku...?” Sahut Nur Shaqila  dalam hati sambil memotong sayur.
                Sedang leka dibuai khayalan yang mungkin takkan bisa menjadi kenyataan kerana perkataan yang terungkap belum terungkai sehingga kini. Tapi apakah akan tejadi andai satu ungkapan sudah terluah jika kebenaran pasti terbongkar. Bukan kegagalan yang aku kesali namun perasaan gementar yang sering menghantui diri ku. Hanya doa dan tawakkal yang perlu ada dalam diri aku, dan seharusnya aku kuatkan hati dan semangat aku dalam menempuhi kealam cinta yang mana mungkin akan terjadi atau sebaliknya.
                Selesai sudah makan malam aku dan sekeluarga berkumpul di ruang tamu seperti biasanya menonton televisyen dengan cerita-cerita yang menarik. Segalanya sungguh indah bila bersama dengan keluarga tercinta apatah telatah adik-beradik yang sering membuat ayah dan ibu gembira. Segalanya cukup sempurna dalam hidup kami sekeluarga, walau pun dua orang dari adik saya telah pun berumah tangga cuma aku seorang sahaja yang belum melangkah alam perkahwinan. Nak kata aku ini seorang yang pemilih tidak jugalah, tapi siapalah aku untuk mendapat apa yang aku impikan dalam hidup aku.
“Ayah masih tertunggu-tunggu jawapan daripada Lina, sampai sekarang ayah belum dengar lagi dari suara hati sha.” Tanya ayah dengan sungguh-sungguh kepada ku mengenai pinangan yang datang merisik kepada ayah aku. Nak kata keluarga tu sederhana tidak jugalah, memang dalam serba kemewahan, tapi itu tidak mengguga perasaan aku untuk menerima pinangan itu.
“Sha masih fikir dulu ayah, bagi Sha masa seminggu untuk beri jawapan dengan ayah, boleh tak?” Jawab aku dengan pertanyaan ayah.

“Ayah bukan apa Lina keluarga dari pihak lelaki itu balik tanya ayah.” Balas ayah lagi.

“Tak payah kelam kabut sangat bagi jawapan tu Lina, ayah kamu ini tak sabar sebenarnya nak tengok Lina sudah berumah tangga nanti.” Sambung ibu lagi dengan perbualan antara aku dan ayah.
                Termenung sejenak apa lagi yang harus ku tunggu, buah sudah jatuh tapi aku masih berfikir nak ambil atau tidak. Adakalanya untuk membuat keputusan bukanlah perkara yang sangat mudah, kerana ia melibatkan soal kehidupan hingga akhir hayat.  Kerana ada seseorang yang telah Berjaya memilikki cinta suci ku hanya dia yang selalu dalam hati ku. Sedang satu ungkapan belum terungkap inikan lagi aku mengatakan sebuah cinta kepada dia belum terwujud hubungan yang dikatakan pasangan bercinta. Kerana di antara aku dan dia cuma teman yang selayaknya. Siapalah aku di dalam hati dia. Ku kuatkan hati agar aku diberi petunjuk dalam istikhara aku semoga Allah memberikan aku petunjuk siapakah lelaki yang menjadi pilihan Allah untuk aku.
                Hari berganti hari masa selalu bertukar tanpa menunggu ia berhenti. Aku telah menemui jawapan dalam istikhara aku, tapi apa pun yang berlaku hanya ku serahkan kepada Ilahi. Jawapan yang aku temui tidak sama seperti apa yang berlaku sekarang ini. Apakah sesuatu yang aku temui nanti akan menjadi milik ku sedangkan aku tiada dalam hati seseorang itu. Walau aku selami sedalam mana pun tetap juga keadaan yang tidak sama seperti apa yang ku lihat.  Mungkin ini adalah ujian untuk aku daripada Allah, aku terima dengan hati terbuka.
                Kerana kelukaan yang selalu melanda pada diri ku, Allah menduga aku dengan rombongan datang untuk merisik sekali meminang aku. Namun satu jawapan untuk kepastiaanya aku belum beri lagi. Bukan kerana aku terlalu memilih tetapi aku tak boleh memaksa hati ku untuk menerima keadaan seperti ini. Walau pun perit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya.
“Andai aku bisa ungkapkan segalanya, namun hati ku selalu berkata walau jauh seribu batu kau lari, dengan usaha gigih pasti akan ku temui jawapannya...” Aku terkhayal seketika.
                Aku memberi  jawapan yang pasti kepada ayah tentang keputusan ku untuk menerima pinangan itu atau pun tidak. Dengan melihat keceriaan dan kegembiraan di wajah ayah, hati ku begitu sayu kerana penderitaan yang aku rasakan tiada siapa yang akan tahu melainkan aku mengungkapkan segalanya apa yang terbuku dalam hati ku. Namun aku tabahkan hati ini kerana aku hanya mampu berserah kepada Allah kerana hanya Dia yang lebih maha mengetahui segalanya. Segalanya sudah terlambat kerana pintu masa depan telah menanti aku di sana, hanya aku sahaja yang memebri keputusan untuk melangkah masuk kea lam penantian itu.




                Bab 2
Hari sabtu adalah hari yang member aku satu ikatan pertunangan dengan seseorang yang aku tak pernah kenali dan aku hanya melihat wajahnya dalam sekeping gambar. Demi kegembiraan dan kebahagiaan ayah dan ibu sebagai seorang anak aku rela korbankan hati ku demi seseorang yang aku cintai dari membiarkan hati ayah dan ibu terluka dengan sikap aku yang hanya mementingkan diri sendiri. Walau terlalu pedih luka yang sudah tercalar namun aku masih mampu memberikan sekuntum senyuman bagi menyenangkan hati ayah dan ibu.
Sehelai daun jatuh berguguran, ditiup angin mengikut arah entah ke mana. Kilauan sinar cahaya yang terpancar memberikan keserian dalam hidup ini, kerana keceriaan di wajah ayah dan ibu memberikan satu makna dalam hidup aku untuk menjadi anak yang sentiasa menjadi pilihan di hati kedua orang tua ku. Walau pun duri yang sudah menetap di sini, walau tertusuknya kilauan tajam yang menikam jiwa ini, namun tiada siapa yang tahu apa aku rasakan dalam hati ku melainkan Allah s.w.t.

Apaka aku masih bisa menanti mu,
Apakah aku masih bisa memilikki cinta mu,
Apakah aku masih bisa merasakan kasih sayang mu,
Apakah aku masih bisa ungkapkan semua,
kata-kata yang terkubur lama dalam hati ku,
Apakah kau bisa mengerti perasaan ini,
Segalanya ada pada mu,
Aku hanya menanti jawapan dari mu.

                Dengan suasana yang sepi tiada keributan, sambil mendengar lagu aku melayar intenet  dengan membuka laman web facebook. Aku mempunyai ramai kenalan di dalam facebook dan ada juga yang mengatakan hasrat hatinya jatuh cinta pada ku. Segalanya aku tolak ke tepi kerana aku hanya menganggap mereka adalah teman baik ku dan tidak pernah lebih daripada itu. Masa sehari aku habiskan dengan melayari internet untuk menghilang rasa bosan yang ada dalam diri aku. Aku mengambil cuti selama seminggu dan menghabiskan masa cuti ku di rumah dengan keluarga.
“Kenapa Lina tak hubungi Gadafi..? .” Tanya ibu kepada ku.
“Untuk apa nak hubungi dia ibu, lagi pun kan dia sibuk, Sha tak mahulah ganggu kesibukkan orang lain ibu.” Balas ku dengan pertanyaan ibu tadi.




“Bukan masalah sibuk atau tidak Lina, tapikan dia tunang Sha tak salahkan hubungi dia Tanya khabar ke, Tanya dia sedang buat apa ke? Tak pun ajak dia jalan-jalan dengan Lina habiskan masa cuti Sha dengan dia.”  Sambung ibu lagi.
“Tapikan ibu tak salahkan kalau Sha nak habiskan masa Lina duduk di rumah saja. Tak payah susah-susah nak menyusahkan dia, nanti apa pula kata diakan?”
“Tadi Gadafi ada hubungi ibu, dia kata nak ajak Lina jalan-jalan dan nak mengenali Sha dengan lebih dekat lagi. Itu sebab ibu Tanya kenapa Sha tak hubungi dia semenjak sudah bertunang dengan dia.”
“Kenapa dia tak hubungi Sha, kan dia ada simpan nombor celcom Lina. Sebaiknya dialah yang bertindak dahulu bukan Sha.”
“Siapalah ajar Lina jadi egois macam ini? Tak baik Sha cakap macam tu.” Pujuk ibu kepada ku lagi.
“Tiada siapa yang mengajar Sha jadi seperti itu ibu. Okaylah jika itu adalah atas permintaan ibu kenal dia dengan lebih dekat lagi Sha turut sahaja.” Dengan hati yang terpaksa ku turutkan segala permintaan ibu walau pun amat perit bagi ku untuk mengenali dia lebih dekat lagi.
                Pada keesokkan harinya gadafi tunang aku, telah mengajak aku untuk menemani dia ke jalan-jalan menghabiskan masa bersama dia. Di samping itu aku dapat mengenali dia dengan lebih dekat, dan aku rasa selesa bila dapat berkenalan dengan dia. Walau pun kami sudah bertunang tetapi untuk mengenali satu sama lain peluang itu belum ada lagi. Dan kini sudah masanya untuk aku mengenali dia. Tapi apakah dia bisa mengeluarkan aku dari rasa kekalutan yang melanda di jiwa kerana hati ku kepada seseorang yang sangat aku cintai dan aku sayangi.
                Tanpa aku sedari air mata ku mengalir dan dengan sepantas aku menggilapnya agar tidak disedari oleh Gadafi. Dia merenung aku dan dia mengatakan kepada ku bahawa terselit satu kesedihan di dalam hati ku yang sungguh mendalam. Dan tiada siapa yang akan memahami perasaan ku kerana hanya aku yang bisa meluahkan segalanga apa yang terbuku dalam hati ku. Namun aku menafikan segalanya kerana bagi ku itu hanya perkara biasa yang tak perlu di perjelaskan lagi. Adakah Gadafi mengerti akan keperitan hidup ku tentang cinta ku yang selama ini? Aku hanya diamkan sahaja tanpa meluahkan apa sebenarnya tersembunyi dalam hati ku.
                Aku melihat keceriaan di wajah ibu setelah aku sampai rumah. Ibu seperti tidak sabar ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang aku dan Gadafi. Tapi aku sahaja buat tidak tahu mengenai reaksi ibu tadi segalanya aku endahkan apa yang terbuku dalam hati ibu yang teruja ingin mengetahui tentang aku dan Gadafi. Tak lama dalam berapa minit kemudian ibu ku menerima panggilan telefon dari seseorang. Aku melihat reaksi wajah ibu seperti gembira dan tersenyum lebar. Mungkinkah Azmi menghubungi dan memberitahu khabar berita yang menggembirakan kepada ibu.
“Azmi hubungi ibu tadi Lina.” Beritahu ibu kepada ku tentang panggilan tadi.
“Ada berita gembira ke ibu? Bukan main gembira lagi ibu ini tersenyum-senyum mesti ada apa-apa inikan?” Tanya ku kepada ibu lagi.
“Azmi beritahu ibu Azlina dah bersalin anak lelaki katanya.” Balas ibu lagi.

“Patutlah bukan main gembira lagi ibu sampai tersentum lebar, ingatkan apa tadi?” Sakat ku lagi kepada ibu.
                Walau pun aku terasa penat sangat namun aku meluangkan masa aku untuk berbual dengan ibu. Cucu pertama lahir kini ibu ku sudah bergelar seorang nenek dan ayah sudah bergelar atuk. Dan aku pula sudah bergelar mak cik. Makin meriah lagilah hidup keluarga kami kerana ditambahkan lagi dengan keceriaan seorang permata hati yang akan memberikan cahaya di dalam kehidupan kami sekeluarga. Nasiblah ibu tidak bertanya tentang aku dengan Gadafi lagi, mungkin ibu sudah lupa kerana perasaan yang sangat gembira terlupa sudah tentang yang lain.
                Selepas aku menunaikan solat terus sahaja aku merehatkan diri dan terus masuk tidur kerana keletihan berjalan seharian dengan Gadafi. Tanpa aku sedari dia adalah seorang yang mempunya sifat yang lembut dan sangat memahami. Dengan memilikki wajah yang kacak seperti kacukan mat saleh, memilikki senyuman yang indah yang terpancar satu cahaya pada raut wajahnya. Dan mesti dia adalah seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita kerana memilikki segala-segalanya. Namun begitu aku tidaklah tertarik sangat dengan penampilan dan perwatakkan dia, kerana dia terlalu istimewa untuk seseorang dan memang tidak layak untuk aku walau pun aku sudah pun menjadi tuning dia. Yang membuatkan aku rasa pelik dengan perwatakkan dia, adalah dia memahami apa yang berlaku pada diri aku walau pun aku sengaja membuatkan diri ku gembira bila berjalan bersama dengan dia.
                Keesokkan paginya ibu membawa aku pergi ke rumah Azmi kerana ingin melihat cucu pertamanya yang akan menyerikan lagi suasana keluarga kami. Terpancar sinaran cahaya kegembiraan di raut wajah ibu sehingga ibu tidak melepaskan bayi itu dari pelukkannya. Aku dan ibu bermalam di rumah Azmi kerana hari sudah pun hampir malam dan Azmi adik aku menyuruh aku dan ibu tinggal sehari dua di rumahnya untuk menemani isterinya di rumah. Ayah tidak keberatan membenarkan ibu tinggal di rumah Azmi kerana Saiful dan isterinya menemani ayah. Kerisauan ibu tidaklah semana pun, kerana esok pagi ayah telah berjanji untuk datang ke rumah Azmi bersama Saiful dan isteri. Saiful adalah adik aku selepas Azmi yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan sejak dua bulan yang lepas.
                Begitu indahnya terjalin cinta yang di anugerahkan Ilahi kerana hadirnya ketulusan dan keikhlasan sehingga melahirkan keluarga yang bahagia di jalan Allah. Inilah yang sentiasa aku harapkan walau pun hidup dalam kesederhanaan tapi memilikki keluarga yang sangat bahagia yang diredhai Allah taala. Aku sentiasa berdoa kepada Ilahi agar keluarga kami sentiasa dilimpahi cahaya kilauan permata belian. Namun segalanya adalah ketentuan Ilahi hanya Dia yang menentukan segalanya tentang kehidupan kita di dunia ini. Baik atau buruk nasib seseorang itu, ia adalah ujian yang Allah limpahkan kepada hambanya. Kita sebagai insan yang hidup di dunia ini harus mensyukuri setiap nikmat yang Dia berikan, dan apa pun yang terjadi ingatlah ini semua adalah ujian daripada Allah.




Bab 3

                Kesesakkan lalu lintas membuatkan masa yang dikejar telah melambatkan segalanya. Kerana mesyuarat pada pagi ini mesti dilaksanakan kerana sudah dua hari ditunda kerana ketiadaan Haiqal di Malaysia. Baru semalam Haiqal tiba ke Malaysia kerana percutiaannya ke Hong Kong bersama tunangnya Marisa. Setiausaha Haiqal balik-balik menghubungi dia kerana mesyuarat akan bermula dalam beberapa minit lagi. Haiqal menjadi bengang kerana kesesakkan lalu lintas menghalangnya untuk sampai awal ke pejabat. Dia menghubungi semula setiausahanya untuk melambatkan masa mesyuarat dalam masa sejam kerana keadaan sekarang tidak mengizinkan dia sampai awal dengan segera.
                Ariana pergi segera ke bilik mesyuarat dan menyampaikan pesanan daripada Haiqal bahawa dia akan datang dalam masa sejam kerana masalah kesesakkan lalu lintas yang dia hadapi sekarang ini. Dan mereka faham dengan situasi Haiqal lalu mereka menunggunya dalam masa sejam lagi. Ariana pun beredar dari bilik mesyuarat itu lalu kembali ke tempat duduknya. Dalam berapa minit kemudian Marisa muncul di hadapan Ariana dan menanyakan tentang Haiqal.
“ Ariana Haiqal ada dalam bilik pejabat dia?” Tanya Marisa kepada Ariana.
“Maaf Cik Marisa, Encik Haiqal belum sampai pejabat lagi.” Balas Ariana lagi dengan pertanyaan Marisa sambil membuka lap top milik dia.
“Tak mengapalah saya tunggu dia di sini.”
                Sejam berlalu akhirnya Haiqal tiba ke pejabat dan segera ke bilik mesyuarat tanpa mempedulikan kehadiran Marisa di pejabatnya. Dia meminta Marisa menunggunya di bilik kerana mesyuarat harus disegerakan. Marisa mengerti kesibukkan Haiqal lalu dia pun menunggu sampai dia habis menyuarat. Marisa sedang memerhatikan Ariana yang sedang sibuk menatap lap top tanpa menyedari Marisa sedang duduk di hadapan meja Ariana.
“Eh...!Cik Marisa, maaf saya tak perasan pula cik duduk depan saya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik?” Tanya Ariana kepada Marisa.
“Lama lagi ke mesyuarat bos kamu tu Ariana dah dua jam saya menunggu di sini, tak tahu nak buat apa lagi?” Balas Marisa lagi.
“Oh..! itu saya tak pasti lagi Cik Marisa, lagi pun mesyuarat ni mengambil masa dalam lima atau enam jam. Sebab mesyuarat sekarang ini melibatkan tentang projek yang Encik Haiqal akan urus dan akan mendapat pembahagian daripada syarikat-syarikat besar. Kerana ia adalah projek Encik Haiqal di luar Negara dan dia mesti kena selesaikan dalam mesyuarat ini juga cik.” Terang Ariana kepada Marisa.



                Tanpa melengahkan waktu terlewat Marisa terus melangkah pergi meninggalkan pejabat Haiqal kerana penantian yang sangat lama membuatkan dia sangat bosan untuk menunggu Haiqal habis mesyuarat. Marisa menguhubungi temannya Suziana untuk menemankan dia pergi ke pusat membeli-belah. Marisa adalah anak tunggal daripada Tan Sri Mahmud salah seorang anak orang kaya yang sangat disegani oleh masyarakat. Ramai jejaka yang menggilai Marisa kerana kecantikkan pada raut wajahnya yang membuatkan ramai terpegun dan terpesona dengannya. Namun semuanya dia tolak kerana keangkuhan dan kesombongannya selalu merendahkan orang yang tak sesuai untuk menjadi temannya. Sehinggalah dia belajar di luar Negara dia bertemu dengan seorang jejaka tampan iaitu Haiqal yang berjaya membuka pintu hatinya untuk memikat hati Haiqal.
                Akhirnya Marisa dan Haiqal bercinta dan satu kampus heboh mengenai hubungan cinta mereka berdua. Sehingga Tan Sri Mahmud membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan antara Marisa dengan Haiqal. Kerana Haiqal adalah anak kepada seorang usahawan yang berjaya yang telah banyak membuka syarikat di beberapa buah luar negara dan negeri. Namun terselit seribu satu bahasa dalam raut wajah Haiqal yang tidak menyetujui dengan hubungan tersebut. Walau pun telah heboh mengatakan Haiqal dan Marisa bercinta namun jauh dalam sudut hatinya dia hanya mencintai seorang wanita dan wanita itu bukanlah Marisa. Demi menjaga maruah orang tua Haiqal terpaksa menurut segala kemahuan orang tuanya.
                Tiada yang lebih indah jika hati terpaksa menerima seseorang yang bukan menjadi pilihan hatinya. Segalanya di tepikan demi menjaga nyalakkan api yang membara kerana kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan kekal hingga ke akhirnya. Walau diturutkan kata hati ingin sahaja burung yang terbang tidak dilepaskan ia pergi kemana ia ingin tuju. Namun semua itu adalah khayalan semata yang tidak akan menjadi satu kenyataan dalam hidup. Terpaksa lepaskan walau pun sebenarnya dalam hati ini tidak rela biarkan ia pergi begitu sahaja.
                Haiqal terkhayal seketika di dalam bilik pejabatnya setelah selesai mesyuarat tadi. Haiqal langsung tidak menanyakan tentang Marisa kepada setiausahanya Ariana. Dia hanya terus berlalu dan terus masuk ke bilik dan memesan Ariana jika ada sesiapa ingin mencari dia katakana sahaja dia tiada. Dalam pada waktu ini Haiqal tak ingin dia diganggu kerana masih merasa letih kerana waktu rehatnya yang tidak mencukupi. Haiqal sempat menanyakan Ariana tentang pekerja-pekerjanya yang datang ke pejabat. Ariana memberitahu bahawa pekerja dia semua okay dan tiada masalah kecuali Nur Shaqila ambil cuti seminggu kerana majlis dia bertunang telah pun berlangsung empat hari yang lepas. Haiqal langsung tidak menahu tentang pertunangannya dilangsungkan kerana tiada seorang pun pekerjanya yang menghubunginya mengenai majlis tersebut.
                Haiqal merasa tersentap apabila mendengar khabar mengenai pertunangan Nur Shaqila. Terlihat di raut wajahnya terselit dalam sejuta persoalan, namun segalanya dia endahkan mungkin itu adalah perasaan dia. Lagi pun dia percaya dia sedikit pun tidak menyimpan perasaan cinta terhadap Nur Shaqila dan hanya menganggap dia sebagai seorang pekerjanya. Namun dia akui kadangkala perasaan sedikit terguris apabila mendengar berita tersebut. Lantas dia menghubungi Nur Shaqila untuk mengucapkan tahniah di atas pertunangan dia.


“Shaqila, tahniah di atas pertunangan kamu. Kenapa tak beritahu bos kamu ni mengenai pertunangan kamu?”

“Maaf Encik Haiqal bukan saya sengaja tak mahu beritahu encik tapi majlis Cuma dibuat ala kadar sahaja. InsyaAllah nikah nanti bolehlah saya jemput encik dan rakan sepejabat sekali.”
“Baiklah saya hubungi kamu sebab nak ucap tahniah di atas pertunangan kamu harap berkekalan hingga akhir hayat. Okaylah saya ada kerja banyak nak buat. Jaga diri baik-baik ya?”
“Terima kasih Encik Haiqal kerana sudi menghubungi saya.”
“Sebagai seorang majikan tak salah hubungi pekerjanya untuk ucap tahniah di atas pertunangan kamu kan?”
“Tak salah encik lagi pun itu pun sudah cukup baik saya mempunyai majikan yang baik hati sanggup menghubungi pekerjanya semata-mata nak ucap tahniah dengan saya walau pun saya ni hanya kerani biasa. Dan saya rasa sangat terharu.”
                Haiqal menanmatkan perbualannya dengan Nur Shaqila, tapi hatinya tak berhenti berdebar-debar di saat dia menghubungi Nur Shaqila semata-mata hanya nak ucapkan tahniah. Dia terlupa bahawa mala mini dia adalah temu janji makan malam bersama Gadafi sahabat lamanya yang sudah tiga tahun tidak bertemu. Dia ingin meraikan hari kegembiraan sahabatnya kerana dia tak sempat nak menghadiri majlis pertunangan Gadafi. Walau pun Haiqal selalu sibuk dengan waktu kerjanya dia juga tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masanya bersama sahabatnya.
                Namun Marisa tetap juga ingin ikut bersama dengan Haiqal untuk bertemu dengan Gadafi. Kadangkala sifat Marisa yang seperti kebudak-budakkan membuatkan Haiqal merasa rimas dan kurang selesa kerana sifat manja dan mengada-ngadanya membuatkan dia menjadi kurang senang. Dan hakikatnya Marisa adalah tuning Haiqal dan dia tak boleh nak buat apa-apa dan tiada alas an dia ingin mengelak dengan Marisa. Gadafi muncul di hadapan Haiqal dengan pakaian yang bersahaja tapi tetap menampakkan diri sentiasa kacak di pandang wanita. Dia datang seorang diri tanpa membawa tuning bersama. Belum tiba masanya Gadafi ingin memperkenalkan Nur Shaqila kepada Haiqal kerana masa tidak mengizinkan lagi. Namun Haiqal tetap juga faham dan mengerti akan sifat sahabatnya.







                Marisa menyedari sahabat tunangnya Gadafi kelihatan begitu kacak walau pun dia hanya bersahaja pada malam itu. Dan dia begitu terpesona dengan kekacakkan Gadafi dan lirikkan matanya tidak berhenti asyik memandang Gadafi. Segalanya dia endahkan dengan tindakan Marisa yang asyik memerhatinya dari tadi sehingga dia kurang selesa dengan keadaan seperti itu. Manakala Haiqal sibuk dengan panggilan daripada mamanya kerana dipesan supaya balik rumah jangan terlalu lewat. Kadangkala Haiqal begitu rimas dengan kawalan mamanya setiap keputusan semua mama dia yang tentukan. Jiwa meronta hati bagaikan duri berbisa yang mungkin takkan ada siapa yang akan memahaminya. Andai Suziana mengerti akan tanggungjawabnya pasti dia akan berusaha menentang keras dengan semua keputusan orang tuanya untuk bertunang dengan wanita yang bukan menjadi pilihan hati. Disebabkan dengan salah faham segala keputusan telah dibuat di luar jangkaan.

                Hati gelisah kian terasa, pandangan Marisa kepada Gadafi membuatkan dia sering tidak senang duduk dan sedang asyik meminta izin untuk ke tandas. Hidup sentiasa diselubungi dengan rasa bersalah, kerana tanpa ia sedari jiwa dan hati turut terpesona dengan kejelitaan yang ada dalam diri Marisa. Kerana setia kasih kawan terhadap Haiqal hasrat yang yang dicapai terpaksa ditelan jua. Hati tak berhenti berdebar bila saat mata bertentang mata walau pun Haiqal tidak menyedari dengan keadaan tersebut.
“Tunang Haiqal lebih jelita dan cantik jika dibanding dengan tunang aku yang hanya memakai tudung wajah tidak terurus dan mempunyai badan yang gempal. Tidak seperti tunang Haiqal, sungguh dan rupawan wajahnya. Andai aku bisa memilikkinya ingin sekali aku meyunting hatinya menjadi milik ku. Tapi sayang dia kini telah pun dimilikki oleh sahabat aku sendiri.” Bisik hati Gadafi sambil membetulkan rambutnya di dalam tandas.
Selang berapa minit kemudian Haiqal muncul di depan Gadafi sambil menyapa dia dari belakang.
“Aku ingatkan orang mana yang tepuk belakang aku. Awak ni Qal buat aku terkejut beruk!” Sinis Gadafi kepada Haiqal sambil berketawa.
“Lama lagi ke Fie? Aku tak boleh balik lewat ni, nanti mama aku marah-marah pula. Siapa yang susah aku juga.” Balas Haiqal sambil melemparkan senyuman kepada Gadafi.
                Dengan terasa keletihan di badan Haiqal terus tidur tanpa mempedulikan kebersihan kepada dirinya. Kerana pulang rumah dengan tepat waktunya mama Haiqal sempat menunggu sampailah dia masuk tidur. Haiqal terjaga tidur dari lena sehingga tak sedar masa dia terlepas untuk menunaikan solat subuh. Sedar tak sedar waktu sudah menunjukan pukul Sembilan pagi. Dan pada hujung minggu begini Haiqal seperti biasa menghabiskan masa seharian di rumah dengan melayari internet. Haiqal sedang menantikan seseorang di dalam laman muka buku yang bernama wanita nur, yang telah banyak membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri kepada Allah.




                Kerana terikat dalam ikatan pertunangan dengan Marisa, Haiqal merasakan dirinya tidak mempunyai peluang untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai wanita nur yang selalu berhubung dengan dia di facebook, akan tetapi penuh dengan rahsia. Sukar untuk didekati apatah lagi Haiqal pernah berniat untuk bertemu dengan dia, namun wanita nur itu selalu memberikan seribu satu alasan untuk mengelak berjumpa dengan dia. Dia berharap satu hari wanita itu akan mengerti perasaannya kerana boleh membimbing dia kearah jalan yang benar. Selama ini jiwa Haiqal tidak tenang dan kerap diselubungi dengan dosa-dosa yang lalu sehingga pernah melupakan dirinya untuk dekat kepada Allah. Sejak dari dia kecil lagi Haiqal tidak pernah di titik beratkan mengenai soal agama, tiada siapa yang mengajarnya tentang agama termasuklah dengan orang tua dia sendiri. Walau pun dia adalah anak yang manja dan sering mendapat perhatian orang tuanya, tapi tanggung jawab dia sebagai umat islam tidak pernah di ambil kisah. Segalanya di tolak ke tepi dan yang penting hanya mengejar kejayaan dunia tapi akhirat di belakangkan

Bab 4
                Hari ini aku memulakan kerja ku di pejabat yang telah banyak aku belum siapkan lagi. Segalanya terbiar begitu sahaja. Pada mulanya Ariana mengajak aku untuk sarapan, tapi aku menolaknya secara baik dengan alasan aku telah pun sarapan di rumah. Selang berapa minit kemudian Encik Haiqal tiba ke pejabat dengan waktu yang tepat. Aku hanya melihat Encik Haiqal dari jauh, tanpa dia menyedari akan kedatangan aku ke pejabat. Sepanjang masa aku sibuk dengan kerja aku sehingga aku lupa untuk mengisi perut aku yang kosong makan tengah hari. Tanpa aku sedari Encik Haiqal berdiri  di hadapan meja ku.
“Sudah makan tengah hari ke Shaqila?” Tanya Encik Haiqal kepada sambil mengejutkan aku dari buai kesibukkan kerja yang sudah lama terbiar di atas meja.
“Pukul berapa sekarang ini Encik Haiqal?” Tanya ku balik kepada Encik Haiqal dengan mendongakkan wajah ku tepat-tepat berhadapan dengan aku.
“Cik Shaqila now is time for lunch. Just live your work now and company me join the lunch today?” Balas Encik Haiqal dengan bercakap inggeris dengan aku.
“Tapi Encik Haiqal kerja saya ini banyak lagi saya nak siapkan. Takut nanti tak siap hari ini.” Jawabku dengan nada ketakutan.
“Kerja pun kerja juga, tapi masa untuk makan tengah hari isikan dulu perut kosong tu. Tengok semua orang di pejabat ini pergi keluar makan tengah hari, awak seorang-seorang sahaja di sini, kebetulan saya Nampak awak jadi saya ajak sekali pergi makan tengah hari dengan saya. Marilah tak payah nak segan-segan dengan saya.”
“Tapi encik.....?”
“Tiada tapi-tapi mari ikut sekarang dengan saya.”


                Mahu tidak mahu aku terpaksa menurut kehendak Encik Haiqal menemani dia untuk sama-sama  makan tengah hari. Dalam masa yang sama aku merasa sungguh segan kerana aku adalah seorang pekerja bawahan Encik Haiqal yang bukan mempunyai jawatan yang penting dalam syarikat. Tugas ku adalah sebagai kerani pentadbir di dalam sebuah syarikat Encik Haiqal sendiri. Dia sering memerhatikan aku, dan aku agak kurang selesa dengan renungan Encik Haiqal, sehingga aku merasakan satu kelainan dalam hati ku yang sentiasa berdebar-debar tanpa henti. Tak lama kemudian tunang Encik Haiqal muncul serta mencium pipinya di hadapan ku. Aku hanya mampu beristighfar dalam hati melihat sikap Encik Haiqal dan tunangnya.        
                Walau pun Ariana adalah setiausaha kepada Encik Haiqal tetapi dia juga adalah sahabat aku yang membawa aku untuk bekerja di syarikat Encik Haiqal. Dia mempunyai hati yang baik dan sentiasa mengambil berat akan diri aku. Dia juga turut memahami siapa sebenarnya jejaka yang menjadi pujaan pilihan hati ku. Sehingga kini aku belum pernah menemuinya kerana dengan pelbagai alasan yang ku berikan kepada dia untuk bertemu dengan aku. Aku mengenali seseorang itu di laman facebook, tapi wajahnya tidak pernah ku lihat. Namun aku yakin walau pun pada dasarnya dia mempunyai kehidupan yang social namun jauh di sudut hatinya dia mempunyai hati yang bersih.
                Walau pun aku tidak pernah melihat wajahnya dan mengenali dia lebih dekat lagi, tapi sejauh dalam hati ku ini diri ku sangat mencintai dia. Aku yakin semua ini sudah menjadi ketentuan Ilahi. Walau pun selama ini aku sering gagal dalam percintaan namun aku tabah menghadapi segala ujian Allah ini. Sekarang dalam hati ku cuma insan yang aku kenali di laman facebook iaitu “jejaka secret admire”. Sebenarnya di dalam sudut hati ku, ingin sekali aku bertemu dengan dia jika diizinkan Allah, tapi seringkali aku member alasan untuk tidak bertemu dengan dia. Sehinggalah aku bertunang dengan Gadafi dari pilihan orang tua aku sendiri.
                Dia sangat jauh dari aku, sehingga tidak gapai dari tangan ku untuk terus bertemu dengan dia. Dia pernah mengatakan kepada setelah dia kembali ke Malaysia dia akan segera menemui aku, kerana seribu kekesalan di hati dia tidak ingin lagi bertemu dengan aku. Kerana katanya pada ku dia tidak ingin memberi sepenuh harapan kepada ku, kerana selama ini dia tidak pernah ada rasa cintanya kepadaku, sedangkan aku mencintai dia. Dia menyuruh aku untuk lupakan dia kerana aku langsung tidak sesuai untuknya. Kerana cintanya terhadap seseorang masih ada dalam hatinya yang sukar untuk dia lepaskan jauh pergi. Namun dia ingin berteman dengan ku, dan aku menerima dia sebagai teman ku dengan seikhlas hati. Aku redha dengan segalanya Allah itu lebih maha mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dalam hidup kami. Dia memberitahu aku andai ada jodoh pasti akan tak akan ke mana. Aku hanya mampu megukir satu senyuman walau pun dalam hati ini terlalu dalam mencintai dia.
                Kini aku tahu dia telah pun kembali ke tempat asal dia, itulah seringkali aku mengajak aku untuk berjumpa dengan dia pelbagai alasan aku berikan agar aku tidak berjumpa dengannya. Kerana aku ini sudah menjadi status tuning orang dan tidak pantas untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang bukan menjadi milik aku lagi. Kerana menjaga maruah keluarga aku rela korbankan segalanya, aku tidak mahu dianggap curang, walau pun sebenarnya begitu susah hati ku untuk menerima tunang aku menjadi teman hidup aku. Kerana begitu mendalam cinta ku terhadap seseorang walau pun sehingga kini aku tidak pernah menemui dia.

                Sehingga kini aku hanya berteman sahabat dengan dia, sayangnya kepada aku hanya sebagai teman. Sehingga kini dia belum tahu mengenai status aku, kerana aku rahsiakan status kepada dia. Biarlah ia menjadi satu rahsia dalam hidup aku, kerana dia sendiri sentiasa merahsiakan tentang dirinya. Namun dia selalu meminta aku mengajar dia dalam bab agama, dia pernah katakana pada ku walau pun sebenarnya dia hidup dalam kemewahan tapi itu tak bermakna dia sentiasa bahagis dengan kehidupannya. Dia sering menceritakan aku tentang dirinya yang hidup dalam bergelumang dosa-dosa besar sehingga lupa kepada yang maha satu. Itulah yang membuatkan aku ingin lebih dekat mengenali dia. Tetapi dia sentiasa membuatkan aku tersenyum dan bahagia dan sama sekali dia tidak pernah melukakn hati ku.
Siapa sebenarnya diri mu,
Aku ingin sekali menatap wajah mu,
Tapi entah bagai mana?,
Kerana status aku tidak pantas untuk mu.


Bab 5
                Haiqal menemui Suziana tanpa pengetahuan daripada Marisa, kerana apa yang dia tahu cintanya kepada Marisa tidak pernah sekali wujud dalam hatinya. Haiqal menerangkan segalanya kepada Suziana mengenai pertunanganya kepada Marisa. Andai Marisa tahu sebenarnya Suziana selama ini adalah cinta hati Haiqal. Haiqal sangat menyesal di atas keputusan yang dia buat kerana membuatkan Suziana kecewa setelah Haqal bertunang dengan Marisa. Suziana menangis teresak-esak di pangkuan bahu Haiqal sambil mengusap rambut Haiqal kerana dia tidak sanggup melihat hati teman wanitanya terluka. Ingin sekali Haiqal bersuara kepada orang tuanya bahawa dia mempunyai pilihan hati dan ingin menyunting Suziana menjadi teman hidupnya.
                Seharian Marisa cuba menghubungi Haiqal namun segala panggilannya gagal untuk dijawab. Dia merasa sangat kecewa kerana diperlakukan seperti itu. Puas dia menghubungi pejabat Haiqal namun setiausaha dia Ariana mengatakan Haiqal bercuti. Dalam masa yang sama walau pun Haiqal bertunang dengan Marisa namun perhubungan dia dengan Suziana tidak akan dia putus macam begitu sahaja. Kerana begitu sukar hatinya untuk melepaskan cintanya kepada Suziana walau apa pun yang berlaku. Kerana dia yakin suatu hari nanti pasti dia akan memilikki Suziana walau hanya perlukan kesabaran dalam diri. Hati Marisa semakin sakit kerana segala panggilannya tidak dijawab oleh Haiqal, hatinya memberontak ingin menemui Haiqal dengan segera di rumahnya. Dengan kehadiran Marisa Puan Masnah menyedari Marisa sedang menangis teresak-esak seolah-olah ada yang berlaku antara Marisa dan Haiqal.



                Puan Masnah adalah  ibu kepada Haiqal, dengan segera ibunya menghubungi Haiqal namun panggilan tetap juga gagal disambut olehnya. Marisa semakin mencurigai Haiqal seperti ada yang tidak kena dengan dia, kerana menganggap Haiqal sedang bermain api di belakangnya tanpa pengetahuan daripada dia. Tanpa menghiraukan sekeliling Marisa tetap menanti Haiqal di rumahnya dengan di temani oleh Puan Masnah. Sejam kemudian Haiqal pun tiba di rumah dan dia sangat terkejut kerana Marisa sedang menantinya di hadapan muka pintu.
“B ke mana seharian nie, puas baby hubungi B tapi langsung tak angkat?” Tanya Marisa kepada Haiqal dengan nada marah.
“Saya tak ke mana-mana hari ini. Saya nak mencari ketenangan tanpa gangguan sesiapa pun termasuklah dengan diri awak. Saya harap awak akan faham saya.” Balas Haiqal lagi sambil membuka kasutnya dan terus masuk tanpa mempedulikan perasaan Marisa.
“B tak boleh buat baby macam ini, its not fair B, i am your fiancée. Baby berhak tahu B ke mana dan B langung tak pedulikan baby. Sampai hati B buat baby begini!” Dengan nada keras Marisa meninggikan suara dengan Haiqal serta didengari oleh Puan Masnah.
“Tolonglah jangan tengking-tengking saya sekarang. Boleh tak dengan dipersilakan awak pergi dari sini. Saya tiada masa nak layan karenah awak. Saya minta maaf banyak-banyak.”
                Marisa tetap dengan kedegilannya, dia tidak mahu pergi begitu sahaja tanpa mendengar penjelasan yang jelas daripada Haiqal. Hatinya begitu sakit bila dia melihat Haiqal menganggap dirinya benar-benar tidak wujud dalam hidupnya. Seolah-olah dia merasakan Haiqal tidak pernah sedikit pun memberikan dia sedikit cinta walau pun dia sudah sepenuhnya memberikan cintanya kepada Haiqal. Namun Haiqal mengambil sikap tidak peduli dan hanya membiarkan  Marisa berlawan dengan perasaan dia sendiri. Marisa terus sahaja pegi berlalu pergi tanpa meminta keizinan daripada Puan Masnah untuk meninggalkan rumah itu. Marisa terus sahaja menghubungi Suziana untuk berjumpa di tempat biasa. Suziana adalah satu-satunya sahabat yang sentaisa ada untuk dia. Namun marisa belum mengetahui hubungan cinta Suziana dan Marisa. Sekiranya Marisa tahu perkara yang sebenar tentang Suziana dan Haiqal pasti hubungan sahabat antara Marisa dan Haiqal pasti akan pudar.
Namun Suziana memberikan pelbagai alasan kepada Marisa untuk tidak berjumpa dengan dia. Marisa sangat kesal kerana Suziana cuba mengelak untuk berjumpa dengan dia. Sampai sahaja di rumah Marisa terus sahaja memberontak di dalam bilik dia berteriak sekuat hati, kerana Haiqal langsung tidak mempedulikan dia, hatinya begitu sakit kerana Haiqal tidak pernah mengerti dan memahami perasaannya. Dia menangis sepuas-puasnya, dan mamanya kehairanan dengan sikap Marisa yang tiba-tiba sahaja naik berang. Puan Maimun terus sahaja mendakap anaknya dan memujuk Marisa untuk menerangkan apa sebenarnya berlaku, kenapa tiba-tiba sahaja anaknya naik berang seperti orang kerasukkan.



Keesokkan paginnya Marisa cuba sekali lagi untuk menghubungi Haiqal. Dengan sekilas pantas Haiqal menyambut panggilan Marisa. Dengan senang hati Marisa meminta maaf dengan Haiqal atas sikap yang kurang menyenangkan terhadapnya. Dia cuba memujuk Haiqal dengan suara yang sedih dengan rasa simpati Haiqal dia pun memaafkan kesalahan Marisa. Dia juga meminta maaf dengan Marisa kerana mengendahkan perasaannya walau pun sebenarnya Marisa berhak tahu ke mana dia pergi tanpa pengetahuan Marisa. Hati yang luka telah pun terubat kerana Haiqal juga turut memohon maaf dengan Marisa. Lalu Haiqal membawa Marisa untuk sarapan pagi bersamanya sebelum turun ke pejabat.
Setelah selesai segalanya Marisa mengikuti Haiqal ke pejabatnya. Haiqal telah memberikan jawatan sebagai pengurus syarikatnya, dan Marisa pun bersetuju dengan jawatan yang diberi oleh Haiqal. Walau pun sebenarnya Marisa memilikki syarikat ayahnya sendiri namun dia berkeras hati ingin bekerja di syarikat Haiqal kerana dia ingin sentiasa dekat kepada Haiqal. Lalu Haiqal memperkenalkan Marisa dengan pekerja-pekerjanya. Namun Marisa sedikit pun tidak melemparkan sekuntum senyuman dengan pekerja-pekerjanya. Lebih-lebih dia merasa jijik bila melihat seorang kerani yang cukup hodoh pada pandangan Marisa. Lalu dia menjeling kearah Nur Shaqila namun dia tetap melemparkan senyuman walau pun Shaqila sudah rasa cukup malu di perlekehkan seperti itu.
Sebenarnya sudah puas Gadafi menawarkan aku untuk kerja di syarikatnya, namun pelbagai alasan yang aku berikan kerana aku merasa sungguh selesa dan senang bekerja di syarikat Encik Haiqal. Tetapi Gadafi tidak pernah jemu dan putus asa dengan tawarannya  supaya aku mahu bekerja di syarikat sebagai setia usahanya. Sehingga sekarang jawatan setia usaha itu masih kosong dan belum ada seorang pun yang mengambil jawatan tersebut.

Gadafi sangat terkejut melihat aku bekerja di syarikat Encik haiqal, kerana dia tidak menyangka tunangnya bekerja di syarikat sahabat dia sendiri. Aku ikut turut sama terkejut apa bila aku melihat Gadafi datang ke pejabat tempat aku bekerja. Gadafi terus sahaja melulu masuk ke pejabat Encik Haiqal tanpa berkata sepatah pun kepada aku. Tidak lama begitu aku melihat Marisa sedang memerhatikan aku dari jauh lalu menjeling tajam kearah ku. Dia melemparkan senyumannya dengan Gadafi sambil membawa Gadafi untuk berjumpa dengan Haiqal.
“Gadafi sejak bila sampai ini? Kenapa tak hubungi saya dahulu nak datang?” Tanya Haiqal kepada Gadafi.
“Takkanlah nak jumpa sahabat baik kena buat appointment dulu.” Balas Gadafi lagi.
“Apa mimpi datang jmpa aku ni...? mesti ada apa-apa ini kan?” Haiqal menanya balik kepada Gadafi.
“Saja datang nak jumpa sahabat lama tak boleh ke?” Di luar aku ada Nampak tunang ak kerja di sini sebagai kerani. Tak sangka pula aku selama ini dia kerja dengan kau.”
“Nur Shaqila tunang kau ke Fie? Ya Allah kecilnya dunia.. hehehe” Balas Haiqal sambil menepuk belakang Gadafi.


“Yalah terkejut juga aku, selama ini aku tawarkan dia kerja tempat aku tapi balik-balik dia tolak tawaran berkerja dengan aku. Dan aku harap kali ini kau boleh tolong aku supaya dia nak bekerja dengan aku.” Gadafi merayu kepada Haiqal agar cuba mencari ikhtiar bagaimana nak buat aku supaya terima dengan tawaran kerjanya.
“Fie aku akan cuba tolong kau, tapi aku tidak boleh janji ok..?”
“Baiklah.”
                Segalanya berjalan dengan lancer Encik Haiqal memecat aku dari bekerja di syarikatnya. Hati ku sedih kerana terpaksa berpisah dengan Ariana. Namun segalanya bukan berakhir begitu sahaja, kerana aku dan Ariana boleh berhubung melalui telefon sekiranya kami berdua ingin berjumpa. Terpancar cahaya keriangan di wajah Marisa kerana aku dipecat supaya tidak bekerja di syaikat itu lagi. Kadang kala aku aku terfikir kenapa begitu dalamnya kebencian Marisa kepada ku sedangkan aku tidak pernah buat salah kepada dia. Dengan keadaan yang terpaksa aku menerima tawaran bekerja di syarikat Gadafi sebagai setia usahanya. Aku berkenalan dengan salah seorang pekerja iaitu Suziana adalah salah seorang pembantu syarikat Gadafi. Dengan memilikki wajah yang cantik aku yakin pasti Gadafi selama ini menyimpan perasaan terhadap dia. Dia mengenalkan dirinya kepadaku lalu melemparkan senyuman kepada ku. 
                Suziana juga turut tahu bahawa aku adalah tunang kepada gadafi, dia juga memberitahu kepada aku bahawa Gadafi adalah seorang bos yang baik hati dan seorang selalu memikirkan tentang kerja. Tidak hairanlah sekiranya Suziana turut terpesona dengan kekacakkan yang ada dalam diri Gadafi, kerana dari segi percakapan dan sikapnya sudah menampakkan Suziana turut mempunyai perasaan kepada Gadafi. Namun aku tidak menghiraukan segalanya, kerana bagi ku cukup baguslah jika ada seorang insane yang akan lebih menyayangi Gadafi.

“Biar betul itu tunang you..?” Tanya Suziana kepada Gadafi.
“Yalah nak buat macam mana sudah pilihan orang tua takkan nak ingkar pula kan?” Balas Gadafi lagi.
“I bukan apa, tapi cuba you fikir hidup bersama dengan seorang perempuan gemuk hitam pula tu  hodoh lagi. Nak ke you bertemankan orang seperti itu. Kalau i di tempat you, sumpah i takkan terima dan i akan memberontak. Sayang sekarang zaman modenlah takkan masih ada nak paksa-paksa lagi ni. Samalah macam Haiqal pun kena paksa bertunang dengan sahabat i sendiri Marisa.”
“Sebut tentang Marisa tu, memang i tak nafikan dia memilikki wajah yang sangat cantik dan betul-betul ada cirri-ciri seorang wanita jejaka idaman. Tapi i Nampak sangat Haiqal langsung tak berkenan dengan Marisa. I tahulah di hati dia cuma you. I harap you boleh bantu i untuk rapatkan i dengan Marisa dan you boleh dapatkan balik Haiqal you betul tak? I tengok Marisa pun macam terpesona dengan i ni... hehehe.” Cerita Gadafi sambil ketawa dengan Suziana.



“I pun takkan biarkan Haiqal terlepas di tangan orang lain. Haiqal milik id an tiada siapa yang akan merampas Haiqal dari i. Bukankah you sudah ada tunang, tak baik buat dia macam tu.” Balas Suziana lagi sambil ketawa terbahak-bahak dengan Gadafi.
                Selama ini Suziana dan Gadafi begitu rapat tanpa pengetahuan dariapda Haiqal. Suziana sudah lama mengenali Gadafi semenjak Haiqal menyambungkan pelajarannya di luar Negara dan selama itu juga Suziana dan Gadafi begitu rapat sehingga ramai yang menyangka mereka berdua sebenarnya pasangan kekesih. Namun mereka berdua sering menafikan tentang hubungan tersebut dan mengakui mereka berdua hanya teman rapat yang tidak lebih daripada itu. Cuma Suziana hanya bekerja di syarikat Gadafi dan memegang jawatan sebagai pegawai eksekutif bahagian pemasaran. Suziana juga adalah seorang wanita yang cantik dan memilikki tubuh badan yang ramping dan mempunyai kerjaya dan masa depan. Malahan dia juga turut menjadi idola setiap jejaka namun dia tetap menolak cinta kepada jejaka yang turut jatuh cinta kepadanya. Namun di sebaliknya hatinya terbuka untuk seorang lelaki iaitu Haiqal. Kerana selama ini Suziana berjuang habis-habisan untuk memilikki cinta Haiqal.
                Haiqal adalah seorang jejaka yang tampan tetapi dalam memilih soal teman hidup dia tidak memilih. Yang penting baginya adalah hati yang suci dan bersih serta memilikki sifat-sifat wanita soleha. Walau pun selama inin Haiqal tidak memandang langsung terhadap Suziana, namun dia telah menunjukkan sifat-sifat seorang wanita yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Bukan kerana wajahnya yang cantik dan menjadi pujaan setiap lelaki, tetapi kerana sifat-sifat kebaikan yang ada dalam diri Suziana membuatkan Haiqal jatuh cinta terhadap Suziana. Haiqal pernah berjanji kepada Suziana bahawa dia akan setia kepada Suziana dan akan menyunting Suziana menjadi teman hidupnya. Suziana cukup terharu dan tersentuh dengan kasih sayang dan kesetiaan Haiqal terhadap dirinya. Tapi sekarang segalanya berubah menjadi sisa-sisa dalam kata-kata Haiqal dia menelannya sendiri, kerana dipaksa untuk bertunang dengan Marisa sahabat kepada Suziana. Sebenarnya Haiqal sudah lama mengetahui hubungan sahabat antara Suziana dan Marisa, tapi Marisa juga tidak tahu bahawa dirinya adalah kekasih Suziana

Bab 6
                Dinihari subuh memecah pagi, membuatkan aku lebih bersemangat dan bertenaga, setelah selesai solat subuh aku terus bersenam di sebuah taman rekreasi. Seorang diri terkapai duduk mengenangkan diri yang sentiasa di selebungi perasaan cinta dalam hati yang belum pasti akan jawapannya. Aku kini milik orang tidak seharusnya aku masih memikirkan cinta yang tiada kepastian tapi yang nyata akan menjadi sebuah kenyataan, segalanya aku berserah kepada Ilahi. Sedang asyik dibuai lena dengan khayalan serta angan-angan tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang jejaka yang sudah semestinya aku mengenali suara itu. Aku terkejut dan tidak menyangka bahawa lelaki itu adalah Encik Haiqal sejak dari tadi memerhatikan aku dari jauh. Di hujung minggu begini tiada apa yang perlu aku lakukan biasanya aku akan bersenam untuk memberikan lagi diri ku ini bersemangat dan bertenaga.


“Sejak dari tadi saya lihat awak duduk jauh termenung... ini mesti kes rindukan tunangkan?” Sapa Encik Haiqal kepada ku sambil duduk di sebelah ku tanpa meminta izin duduk daripada aku.
“Tak sedar pula saya Encik Haiqal ada di sini. Biasa ke Encik Haiqal datang ke tempat ni?” Tanya aku kepada Encik Haiqal.
“First time saya datang ke sini saja nak tukar angin tempat bersenam pula. Shaqila selalu ke pergi sini..?” Balas Encik Haiqal lagi sambil melemparkan senyuman kepada ku. Aku tak tahu kenapa hati ku berdebar yang sangat kuat bila aku terpandang wajah Encik Haiqal dan terus senyum kepada ku. Namun aku sedar siapa diri ku ini.
“Setiap hujung minggu saya selalu datang ke sini Encik Haiqal, saya bersenam selepas tu suka duduk-duduk sendirian dan sambil tu mencari ilham untuk novel saya.” Jawabku dengan bersahaja.
“Shaqila suka buat novel..? Baguslah tu semoga Berjaya saya sokong Shaqila dari belakang je.” Kata Encik Haiqal kepada ku dan tanpa disedari dia memegang erat tangan ku. Dan cepat-cepat aku melepaskan genggaman Encik Haiqal dari tangan ku. Lalu dia memohon maaf kerana ketidak sengaja dia terus mengenggam tangan ku.
“Boleh saya Tanya sesuatu dengan Shaqila?”
“Tanyalah apa dia?”
“Sejak bila kenal dengan Gadafi tak sangka pula dia bertunang dengan Shaqila.”
“Semua itu atas pilihan keluarga saya Encik haiqal, demi kebahagiaan orang tua saya turuti kehendak mereka. Walau pun sebenarnya di dalan hati saya tidak mahu menerima lamaran tersebut” Jawabku dengan bersahaja.
“Kes awak dengan saya sama je, saya pula kena turut kehendak ibu saya untuk meminang Marisa walau pun jauh di sudut hati saya tidak pernah mencintainya. Hanya kerana salah faham ia bertukar  menjadi sebuah ikatan walau pun jauh di sudut hati saya tidak pernah menyintai Marisa. Saya Cuma mencintai seseorang yang sentiasa kekal dan hidup dalam hati saya. Tapi saya akan pastikan ikatan ini bertukar menjadi sebuah dalam cerita khayalan yang takkan menjadi kenyataan.” Sambung cerita Encik Haiqal kepada ku lagi
“Sabarlah Encik Haiqal semua ini adalah ujian Allah, siapa tahu Encik Haiqal akan hidup bahagia dengan Cik Marisa, dia boleh memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Encik Haiqal. Kadang-kadang kita selalu leka dan alpa tentang kehidupan kita sendiri, sehingga kita tidak sedar apa yang telah kita lakukan. Walau pun hakikatnya saya juga mencintai seseorang dalam hidup saya, tapi tidak bermakna saya akan gagal untuk mendapat kebahagiaan dari insan yang lain.” Kata ku lagi.
“Shaqila cakap memanglah senang, tapi saya tahu apa yang awak kata tu, segala yang pahit kau telan sendiri walau pun sebenarnya sungguh pahit bagi diri mu. Sedangkan yang manis itu kau lepaskan ia pergi tanpa kerelaan hati mu. Kenapa kau biarkan ia pergi sedangkan orang yang kau cintai sebenarnya itu turut menanti akan kehadiran mu.” Bidas Encik Haiqal kepada ku dengan rasa tidak puas hati tentang pendapat ku.

“Betulkah dia sedang menanti ku? Atau sebenarnya dia pun sudah dimilikki dan mungkin bakal mendirikan rumah tangga. Aku tidak pernah melihatnya kerana aku hanya mengenali dia dari alam maya. Patutkah aku menanti dia sedangkan aku tidak mengenali dia siapa? Dan aku tidak tahu di mana dia berada sekarang?” Balas ku dengan nada sinis.
“Kalau macam itu hakikatnya kau kena hidup dengan seseorang yang kau tak pernah cintai. Hiduplah kau dengan penderitaan dan keseksaan yang kau cipta sendiri. Saya harap kau akan temui cinta sejati mu jangan telalu menyeksa diri Shaqila.” Sambung Encik Haiqal.
“Terima kasih segala nasihat Encik Haiqal. Tapi untuk pengetahuan Encik Haiqal dia hanya menganggap aku nie hanyalah teman sahabat sahaja takkan lebih dari itu. Iya saya akui saya sangat cintakan dia, dan hanya dia yang sentiasa kekal dalam hati saya.” Jawab ku lagi.
                Sedang asyik berbual dengan Encik Haiqal matahari mula menaik dan panas kian mengcengkam di susuk tubuh ku. Aku senang berbual dengan Encik Haiqal dan aku mula menyedari sikapnya sama seperti seseorang yang aku kenal dalam facebook iaitu “jejaka secret admire.” Dan saat itu aku semakin rindu padanya hingga mencengkam di pelusuk sanubari hati ku. Adakah dia turut merasakan sesuatu perasaan yang bergelora di jiwa ku. Dan selepas menyedari panas makin membaham aku dan Encik Haiqal beredar dari taman itu. Dia mempelawa untuk menghantar aku balik ke rumah. Namun aku menolaknya secara baik dengan alasan rumah tidak jauh dari taman ini.
“Apakah yang berlaku dalam perasaan hati ku, kenapa setiap kali aku menatap wajah Nur Shaqila hati ku berdebar-debar dan aku merasakan yang aku sangat merindui kenalan sahabat aku dari facebook Wanita Nur. Seolah aku merasakan hati ku mencengkam kalbu sehingga aku tidak dapat mengawal perasaan aku sendiri dan aku meyuruh Shaqila untuk tidak membuat keputusan yang akan membuatkan hidup dia sentiasa terseksa.” Sahut Haiqal dalam hatinya berbisik. Dan terus memandu meninggalkan taman yang indah ini.
                Hujung minggu begini adakalanya aku suka menghabiskan masa untuk melayari internet iaitu laman web facebook. Seperti biasa aku sentiasa mencari insane jejaka secret admire dalam facebook. Hanya dialah teman yang sentiasa menemani aku untuk bercerita dan sering betukar pendapat. Nasiblah sahabat aku Ariana melayari facebook ada juga teman aku berborak dan sering tukar pendapat serta bagi komen. Aku mula mengenali Ariana di laman web facebook ini, dan semakin hari kami menjadi rapat sehinggalah Ariana mempelawa aku untuk bekerja di syarikat tempat dia bekerja. Kerana di syarikat tempat dia bekerja memerlukan seorang kerani dan kebetulan pada masa itu aku berharap sangat untuk mendapat kerja. Akhirnya aku di terima untuk bekerja di syarikat itu dan aku mengucap terima kasih Ariana kerana sentiasa ringan tangan untuk membantu aku mencari kerja.





                Ariana sentiasa memberikan aku nasihat agar berhati-hati bila berkenalan dengan seseorang dalam facebook ini. Lebih-lebih lagi bila kita tidak mengenalinya jangan mudah untuk mempercayai seseorang. Aku sering menceritakan tentang jejaka secret admire kepada Ariana dan aku juga turut memberitahunya bahawa aku mula jatuh cinta kepadanya. Aku sentiasa menerima nasihat yang dia berikan kepada aku, dan aku sentiasa menghargai persahabatannya kepada ku. Kini aku tidak lagi bekerja di syarikat yang dia kerja aku hanya menghubungi Ariana melalui telefon atau pun melayari facebook. Sesekali aku pernah menangis di dalam telefon ketika aku menghubungi Ariana dan aku memberitahunya yang aku tidak mahu teruskan pertunangan ini kerana cinta ku yang sungguh mendalam terhadap seseorang.
                Ariana menasihati aku bahawa sesungguhnya lelaki yang aku cintai itu adalah jodoh takkan ke mana juga. Tapi Andai kata aku menolak pinangan ini  aku hanya menanti yang belum pasti akan muncul dalam hidup aku dan jadikan ia sebagai satu kenyataan. Aku hanya mampu berserah da tawakkal kepada Ilahi. Aku bersyukur kepada Allah kerana menemukan dengan seorang sahabat yang sentiasa memahami aku. Hanya di tempatnya selalu aku meluah dan mengadu tentang perasaan hati ku terhadap seseorang, seringkali kerinduan datang pada ku satiap kali itulah aku menghubungi Ariana untuk melepaskansegala rasa rindu di hati. Ingin menghubungi jejaka secret admire aku langsung tidak tahu menahu akan dirinya. Apatah lagi untuk menghubungi dia jauh sama sekali ia berlaku. Namun Ariana sering menasihatkan jangan terlalu ikut perasaan sangat, apa yang berlaku semuaya sudah ditentukan terima segala qada da qadar daripada Ilahi.
                Hati yang tenang tanpa gangguan membuatka sering mendekatkan kepada Ilahi, hari ini aku menghabiskan bacaan al-Quran satu juzuk, semakin aku membacaya dengan khusyuk seringkali itu airmata ku tidak berhenti mengalir. Aku benar-benar sangat merindukan cinta daripada Ilahi, dan dalam masa yang sama aku juga merindui seseorang yang entah wujud entah tidak. Aku kuatkan semangat aku agar dikuatkan hati dengan keimanan dan ketaqwaan. Hati ini selalu merindukan cinta dari Ilahi, aku berharap suatu saat nanti aku pasti akan ditemukan oleh seseorang yang aku cintai dan aku berharap kepada Allah agar cahaya cinta dalam hati seseorang itu terbuka untuk. Setiap hari aku berdoa dan aku yakin sangat dengan takdir Allah, hanya Dia yang lebih mengetahui segalanya.
                Sesungguhnya Allah itu maha adil kepada hambanya, dan aku sentiasa bersyukur setiap apa yang Dia berikan kepada ku. Kerana nasihat dari orang tua dan mak cik aku, peertunangan aku diteruskan seperti yang dirancang, walau pun sebenarnya dalam hati ini meronta-ronta tidak mahu. Segalanya berjalan lancar dan tiada masalah yang dihadapi semasa aku bertunang. Ku melihat keceriaan di wajah ayah dan ibu, dan aku juga turut senang dan gembira melihat ibu dan ayah gembira. Walau pun sebenarnya dalam hati ini sebenarnya cukup terseksa dan sangat terluka. Kerana takdir Allah pertunanga itu sudah sah, dan kini aku telah pun mempunyai ikatan pertunangan dengan Gadafi. Melihat wajah Gadafi yang sungguh tenang dan dia melemparkan senyuman kepada ku, da aku pun membalas senyumanya. Hati berdebar-debar kian terasa, tiba-tiba perasaan rindu ku kepada seseorang membuatkan aku rasa kurang selesa dan gelisah.



Bab7
“Apakhabar Shaqila?” Pesanan mesej rigkas daripada Ariana di awal pagi lagi.
“Aku baik Ariana. Kau pula apakhabar?” Aku membalas pesanan mesej Ariana.
“Aku baik, apa cerita kau sekarang? Macam mana kerja tempat baru? Ok juga ke?” Tanya Ariana kepada ku dalam pesanan mesej ringkas.
“Everything its ok. Aku bekerja di tempat tunang aku Gadafi, jadi setiausaha dia.” Jawab ku lagi.
“Okaylah tu, Shaqila. Dari kerja dengan Encik Haiqal awak setakat kerani di syarikat dia. Sama-samalah kita jadi setiausaha dengan majikan kitakan? Tapi awak okay sikit sebab jadi setiausaha dengan tunang lagi tu” Balas Ariana dalam pesanan mesej ringkas.
                Sedang asyik melayani pesanan mesej ringkas (sms) Ariana aku hamper terlupa adik aku Azmi membuat majlis kenduri doa selamat untuk anak sulungnya, kerana berkat kesyukuran dari Ilahi tiga tahun menanti cahaya mata akhirnya lahir juga seorang insan baru dalam keluarga kami. Ibu menyuruh aku cepat bersiap kerana ibu dan ayah serta adik bongsu aku Hafizi telah pun bersiap untuk pergi kenduri majlis Azmi. Hafizi adalah adik aku yang bongsu dan baru sahaja menyambungkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (Upm) ambil dalam bidang jurusan Sarjana Muda Ekonomi Sosial. Di antara semua kami adik beradik hanya aku seorang sahaja yang tidak habis melanjutkan pelajaran ke university. Kerana masa itu ekonomi keluarga kami tidak begitu stabil dan aku ambil keputusan untuk berhenti belajar. Adik aku Azmi, Saiful dan Hafizi masih belajar dan masa depan mereka lebih penting kerana mereka bakal menjadi tunggak ketua keluarga. Dan adik-adik ku mesti mempunyai masa depan yang cerah untuk menampung nafkah isteri serta anak-anak pada suatu saat nanti.
                Berkat usaha dan dan doa orang tua kini adik aku Azmi da Saiful sudah Berjaya dan mempunyai kerjaya masing-masing. Kini orang tua aku boleh bernafas dan berehat sepuasnya tanpa memikirkan lagi untuk mencari rezeki. Tanggungjawab aku dan adik-adik kepada orang tua tidak pernah diabaikan, malahan aku menanggung pelajaran Hafizi menuntut di upm. Lebih-lebih lagi aku sudah mempunyai pendapatan yang memuaskan dan boleh menampung pembelajaran adik aku Hafizi. Kini Azmi telah pun memilikki cahaya mata dank ii tanggung jawab dia sebagai ayah dan suami lebih besar. Ibu dan ayah sangat memahami Azmi, dan aku sangat-sangat bersyukur mempunyai orang tua yang sangat memahami tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Ibu dan ayah tidak pernah mengeluh setiap apa yang kurang, malah ayah dan ibu sentiasa banyak berdoa kepada Allah semoga sentiasa dipermudahkan dalam menjalani kehidupan seharian.
Hujan lebat tiada hentinya,
Ibarat air tangisan yang membasahi,
Berderu angin menghala arus,
Titisan hati tiada yang tahu.

                Aku menerima panggilan daripada Encik Haiqal, dan dia menanyaka kepada aku jika aku sudi keluar makan tengah hari bersama dia. Aku menolaknya secara baik dan aku member alasan tunang aku Gadafi akan membawa aku sekali untuk makan tengah hari. Selama aku bekerja di syarikat Gadafi pertama kali dia mengajak aku untuk makan tengah hari bersamanya. Dia mengataka kepada ku ingi mengenali diri aku dengan lebih dekat lagi. Encik Haiqal tidak memaksa aku, dan dia sangat memahami situasi aku sekarang ini. Lagi pun dia sedia tahu aku ini adalah tunang sahabat dia sendiri iaitu Gadafi. Gadafi mendapat tahu aku menerima panggilan daripada seseoraang dan dia mendengar perbualan aku tentang pelawaan daripada seseorang yang ingin mengajak aku makan tengah hari bersamanya. Namun aku tidak memberitahu perkara sebenar bahawa seseorang yang menghubungi aku itu ada Encik Haiqal. Terpaku membisu diam tanpa seribu kata, andai dia tahu siapakah dia pasti kecurigaan timbul dalam hati.
                Aku melihat sinaran cahaya mata Gadafi yang begitu asyik menceritakan tentang dirinya kepada aku. Dia pernah menyambungkan pelajaran di luar Negara iaitu London. Dan dia memberitahu aku bahawa kehidupan dia sana terlalu bebas dan ramai pelajar yang belajar di sana mempunyai kehidupan yang sangat social. Dari segi percakapan Gadafi aku mengagak dia adalah seorang yang tidak suka hidup bersosial. Dengan nada yang sangat lembut membuatkan setiap wanita boleh cair dengan penampilan serta cara percakapa yang penuh dengan kesopanan. Aku mulai lupa sekejap dengan cinta ku kepada seseorang cinta alam maya yang kini belum pasti siapakah dia?
                Aku bertanya kepada Gadafi sejauh mana keakraban dia dengan Suziana. Kerana dari apa yang aku lihat hubungan di antara mereka berdua seperti pasangan kekasih yang lain. Lalu dia pun memberitahu aku bahawa Suziana adalah sahabat karib dia yang sentiasa memahami setiap kehendak dia. Gadafi menceritakan bahawa Suziana mencintai lelaki lain dan orang itu adalah sahabat dia sendiri iaitu Haiqal.
“Mereka berdua sudah lama menjalinka hubungan cinta. Dan kebetulan pada masa yang sama Marisa tunang Haiqal adalah sahabat Suziana.” Cerita Gadafi kepada ku dengan asyiknya.
“Kecilnya dunia inikan? Pusing-pusing saling mengenali antara satu sama lain.” Sambung ku lagi.
“Shaqila pernah bercinta ke?” Tanya Gadafi kepada ku.
“Tipulah saya kata tak pernah bercintakan? Setiap insan akan mengalami saat perasaan jatuh cinta. Saya pernah bercinta dengan cinta pertama saya sudah lapan tahun, dengan izin Allah hubungan kami sampai di situ sahaja. Aku pernah jatuh cinta dengan seseorang tapi cinta ku tak di terima dia hanya menganggap aku sebagai temannya. Dan aku menerimanya dengan redha, segalanya aku serahkan kepada Allah.” Cerita ku lagi dengan Gadafi.
                Di pejabat Gadafi tidak menganggap aku ini adalah tunang dia, tetapi sebagai seorang pekerja kepada majikan. Tapi apabila di luar dia adalah tunang aku. Walau pun aku lihat dia mempunyai sifat yang lembut namun jauh di sudut pandangan dia adalah seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang tetap. Tapi aku sering member nasihat kepada dia bahawa kita walau sibuk kerja macam mana pun tetapi solat jangan pernah tinggal itulah tiang agama islam kita.

                Terkhayal seketika apabila, Nur Shaqila yang dianggap tidak sesuai menjadi tunang dia, sedikit demi sedikit hatinya terbuka untuk menyunting Nur Shaqila menjadi teman hidupnya. Gadafi salah menilai kerana kecantikkan yang ada pada seseorang wanita tidak mempunyai akhlak da taat pada agama tidak sesuai di ambil sebabgai seorang isteri. Walau Suziana seorang yang cantik dan seksi tapi dari segi agama dia jauh lebih ketinggalan daripada Nur Shaqila. Setiap kali Gadafi keluar makan tengah hari bersama-sama, Suziana tak pernah berhenti mengata tentang diri Nur Shaqila yang tidak menarik perhatian sesiapa pun.
                Hati diselebungi rasa berdosa, kerana diri sentiasa dihimpit dosa yang lalu. Kerana hadirnya kepada Allah. Kerana diri selalu merasa kesenangan sehingga Allah yang maha satu sudah dilupakan kerana asyik seronok dengan kehidupan dunia dan sibuk mengejar kekayaan dunia. Gadafi salah menilai Nur Shaqila, Gadafi mula tekadkan pada diri untuk menjadi insan yang sentiasa mendapat syafaat da rahmat daripada Ilahi. Gadafi terasa sangat dirinya sudah jauh ketinggalan meninggalkan suruhan Allah.
                Aku sempat melayari facebook sekejap untuk melihat keadaa facebook aku. Hati girang senyum terukir, ku melihat jejaka secret admire turut melayari facebook. Aku menanyaka khabarnya kerana sudah lama tidak muncul dalam facebook. Hati yang ridu kini terubat kerana kemunculanya membuatkan aku semakin bersemanagat. Dia mengatakan kepada aku, dia tak sempat nak keluar makan tengah hari tiada siapa yang menemani dia. Lantas dia melayari facebook dan berharap aku aku akan muncul. Lama dia menanti kehadiran ku di facebook, sejam kemudian aku muncul dunia alam maya. Aku pun berterus dengan dia bahawa aku sudah bertunang dan sudah pun di milikki oleh seseorang. Dalam masa yang sama dia berterus terang kepada ku dia juga sudah bertunang dengan pilihan orang tua atas salah faham.
                Segalanya sudah jelas tiada apa lagi yang aku harapkan daripada dia. Kini dia juga telah pun di milikki dan mempunyai ikatan pertunangaan dengan seseorang. Aku kuatkan hati agar keimanan yang ada dalam diri aku dapat membantu aku untuk menjalani kehidupan aku. Dan dia berharap aku sudi menjadi kawan dia, selagi aku mahu berkawan dengan dia. Aku faham dan mengerti akan kedudukkan dia sekarang tiada apa yang perlu aku kesali segalanya sudah terjawab. Andai aku masih mengharap dia muncul di hadapan ku mungkin itu hanya mimpi yang tak akan menjadi kenyataan.

awan menangis membasahi bumi,
angin bertiup aor hujan membasahi ku,
ku berdiri seorang diri terkhayal seketika,
menyelami hati agar cinta yang hadir sentiasa bersemadi di hati.....




ku berpura-pura,
seolah tiada yang berlaku,
kebenaran yang tersembunyi,
sentiasa tertutup takkan ada,
siapa yang tahu,
walau pun aku belum pernah menemui mu,
namun hati ku selalu ada nama mu,
bagaikan tercipta satu nama,
yang sudah pun tertulis,
namun adakah dikau mengerti,
tentang perasaan yang sentiasa hadir,
dan selalu wujud dalam hati ku,
tak mampu aku berharap agar ia menjadi milik ku,
tak mampu lagi aku menahan rasa ini,
membuatkan aku sering menanti,
kasih yang belum pasti wujudnya lagi,
namun seringkali kau muncul,
kerinduan ku pada mu semakin mendalam,
aku tidak mengharap kau akan merasakannya,
kerana aku tahu hati mu pada orang lain,
mungkin tiada ruang lagi untuk aku,
di dalam hati mu,
aku ikhlas kan hati ku walau apa pun


BAB 8
                Jauhku ku pergi melangkah kaki, di saat hati terguris menengenangkan waktu yang sudah berlalu. Dikau seorang pujaan hati, bersemadi di dalam dengan seikhlasnya, ku gadaikan hati kepada seseorang yang tak pernah ku tuntut balasan yang menjadi pahit akhirnya. Hujan turun membasahi ku, terkhayal seorang diri melihat lautan luas yang tiada rintangan.  Lalu aku bersedih menatap sepi yang tidak bisa akan mengubat segala duka yang muncul dalam hati dan segalanya ku simpan menjadi sebuah kenangan indah. Aku bersendirian tanpa ditemani sesiapa pun temasuklah dengan tunang aku sendiri Gadafi. Deringan telefon sering berbunyi tanda untuk minta diangkat, lalu aku biarkan ia sahaja bising memekak di telinga. Panngilan telefon yang terlalu banyak aku terima daripada Gadafi dan Encik Haiqal. Ibu tahu ke mana aku pergi, dia mula memahami saat jiwa ku kacau dan berombak dengan ditiup angin kencang. Ibu melihat aku menangis seorang diri lalu ia membenarkan aku untuk bercuti sambil tenangkan fikiran aku yang bercelaru.
                Kini aku tersepit di antara perasaan cinta terhadap seseorang dan perasaan hanya menjaga nama baik keluarga demi kebahagiaan aku. Segalanya aku berserah kepada Ilahi kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Aku tabahkan hati ku untuk mengharungi ini semua, andai kata aku tiada lagi pasti kenangan yang akan tinggal bersama dengan orang yang aku sayang. Sekali lagi aku dihubungi Gadafi dan aku mengangkat panggilan dan dia sangat risau akan keadaan ku kerana aku ambil cuti tanpa pengetahuan daripada dia. Nasiblah dia tidak memarahi aku, dia ingin mengejar aku di mana aku berada sekarang. Tetapi aku menghalangnya kerana aku tidak perlukan sesiapa menemani aku di saat ini. Tapi aku selalu hubungi Ariana dan aku tidak pernah berhenti untuk menghubuginya walau pun aku tahu dia sangat sibuk dengan kerjanya sebagai setiausaha kepada Encik Haiqal.
                Namun Gadafi tidak berhenti menghubungi aku dan sentiasa memujuk aku untuk menemani aku yang keseorangan diri. Gadafi tidak akan biarkan aku sendirian kerana tanggungjawab dia sebagai tunang aku sentiasa menjadi tugasnya selain daripada sibuk bekerja. Aku melihat perubahan sikap Gadafi yang terlalu ambil berat akan diri ku, yang berusaha sedaya upaya untuk tidak membiarkan diriku dalam keseorangan. Kerisauannya semakin memuncak apabila aku berkeras tidak memberitahunya di mana aku berada sekarang. Tetapi Gadafi tetap juga berkeras ingin menemani aku, dan aku juga tetap tidak memberitahunya di mana aku berada.
                Duduk terpaku seorang diri melihat laut yang berombak menari-nari dengan ditiupi angin kencang. Suasana yang sunyi sepi membuatkan khayalan ku tersentap dari ketukkan pintu yang mengganggu ketenangan ku. Lalu aku membuka putih dan ku terpandang seorang jejaka berbaju hitam dengan seluar hitam berdiri di hadapan aku. Lalu aku terkedu tidak tahu ingin berkata, hati ku bergoncang kuat seolah-olah debaran yang memuncak membuatkan aku terkhayal seketika.
“Encik Haiqal, bagaimana encik tahu saya berada di sini?” Tanya ku sambil menggigit jari tanda kehairanan yang muncul dalam kotak fikiran aku.
“Saya dapat tahu awak pergi bercuti, dan saya sudah tahu kebenarannya dan saya tahu siapa dia Nur Shaqila..?” Terang Encik Haiqal kepada ku.
“Apa maksud Encik saya betul-betul tak faham maksud Encik Haiqal..” Sambung ku lagi.

“Ariana sudah menceritakan segalanya kepada saya. Mengenai seorang wanita dalam facebook wanita nur.” Jelas Encik Haiqal lagi.
“Adakah Encik Haiqal jejaka secret admire?” Tanya ku inginkan kepastian.
“Sayalah orangnya. Dan saya baru tahu yang awak mencintai saya. Segalanya Ariana sudah terangkan mengenai awak dengan saya. Jujur saya katakan saya sangat sayangkan awak sebagai seorang sahabat. Saya harap awak mengerti kerana hati saya hanya kepada seorang wanita yang sangat saya cintai.”
                Tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan daripada ibu, lalu ibu meminta kebenaran kepada ku untuk memberitahu Gadafi aku berada di mana. Aku pun tanpa memikir panjang terus sahaja membenarkan ibu beritahu Gadafi aku berada di mana sekarang. Aku mengelamun dan memikirkan kejadian mimpi yang baru sahaja tadi berlaku. Apakah mimpi aku benar atau aku terlalu memikirkan yang Encik Haiqal selalu menghubungi aku namun aku langsung tidak menjawab panggilannya. Adakah saling mengait dalam cerita mimpi ku. Kenapa haru dia? Terfikir seketika di kotak fikiran ku yang semakin bercelaru.
                Tidak lama begitu aku menerima panggilan daripada Gadafi dan dia mengatakan kepada ku dia ingin datang tempat aku tenangkan fikiran yang semakin bercelaru. Kedegilan Gadafi tidak dapat aku tepiskan, semakin aku berdegil ingin bersendirian dia tetap dengan keras hati ingin menemani aku. Oleh kerana kesungguhannya ingin menemani aku lalu aku izinkan dia datang untuk menemui aku. Walau pun sebenarnya dalam hati makin berkecamuk bagaikan di tusuk duri sembilu yang menikam tanpa mengenal siapakah musuhnya. Aku terfikir juga kadangkala Gadafi mengambil sikap yang menunjukkan dia terlalu ambil berat akan diri ku dan sentiasa merisaukan akan diri ku. Dia takut akan tejadi sesuatu kepada diri ku, kerana pernah sekali tiba-tiba dia mengatakan dia tak sanggup akan kehilangan ku. Aku menjadi seorang yang tak tahu nak kata apa, sedangkan dia ada hak untuk mengatakan seperti kerana aku adalah tunang dia, namun aku sedikit tidak pernah jatuh cinta kepadanya apa yang lahir hanyalah kasih sayang ku terhadap dirinya jauh sekali untuk aku jatuh cinta kepadanya.
                Namun aku tetap tabahkan hati dalam menghadapi ujian ini, mungkin inilah dugaan cintaku terhadap seseorang. Walau aku sudah cuba sedaya upaya untuk menerima dia, tapi kenapa begitu sukar untuk aku lakukannya. Aku berdoa dan menunaikan solat sunat hajat agar hati ku terbuka untuk Gadafi namun tetap juga cinta ku semakin mendalam terhadap seseorang yang aku kenali hanya di laman facebook. Aku tidak pernah bersua muka dengan jejaka secret admire apatah lagi untuk mengenali siapa dia jauh sama sekali. Aku berjalan seorang diri di tepi pantai sambil memikirkan nasib apa yang akan berlaku kepada diri ku. Demi kebahagiaan orang tua aku rela korbankan apa sahaja, namun kenapa begitu sukar sekali untuk aku menerimanya hakikat hidup ini. Aku tidak boleh seperti ini, Gadafi telah banyak berkorban untuk aku, namun hati ku hanya pada orang lain. Lagi pun dia juga milik orang dan telah pun bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.



Seseorang itu pernah mengatakan kepada ku dia akan berkahwin dalam dua bulan lagi, dan akan berlangsung secepat mungkin. Hati ku terguris mendengarnya kerana orang yang benar-benar aku cintai kini telah pun dimilikki.Tiba-tiba Gadafi muncul di hadapan ku dan melemparkan senyumannya yang sungguh manis dan menjadi perhatian kepada perempuan-perempuan yang berada di sekeliling ku. Aku membalas senyumannya, lalu dia membawa aku ke restoran untuk menjamah makan tengah hari. Sejak dari pagi aku meliar jalan-jalan di tepi pantai, dan dengan rasa terkejut Gadafi muncul di hadapan ku. Gadafi  memberitahu ku ke semua tempat dia mencari ku, dan akhirnya dia menemui aku di tepi pantai.
Alangkah terkejutnya aku Gadafi memberi satu kejutan kepada ku, dia menyambut hari ulang tahun ku yang ke 28. Kerana terlalu melayani perasaan aku menjadi lupa tentang hari kelahiran ku pada hari ini. Lalu mengalir air mata ku membasahi pipi, dan aku sangat terharu apa yang dia lakukan kepada ku. Dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik kepadaku malahan aku sering mengelak kepadanya. Aku rasa benar-benar tidak adil, walau pun aku tidak pernah mencintai dia tapi aku mulai sayang kepadanya. Sukar untuk katakana sejujurnya yang aku telah melupakan segalanya, namun jauh dalam sudut hati ku cintaku kepada seseorang itu membuatkan ia semakin dekat kepada ku.
Aku mula membuka lap top dan terus melayari laman facebook dan aku tidak melihat pun jejaka secret admire melayari facebook sekarang ini. Hanya Ariana sahaja yang sentiasa menanti aku untuk melayari facebook. Aku dan Ariana berbual panjang di dalam facebook, aku banyak menceritakan tentang jejaka secret admire dengan Ariana dan sekali aku menceritakan tentang tunang aku Gadafi yang banyak berkorban untuk aku. Namun menceritakan kepada Ariana kenapa hati ku masih belum menerima Gadafi sedangkan dia banyak berkorban untuk aku namun aku langsung tidak merasa sedikit pengobanannya kepada ku. Ariana hanya berharap aku bersabar, dan dia tahu aku sangat sedih dengan kejadian yang menimpa aku. Mungkin juga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dalam hidup aku. Dia juga menyuruh aku untuk melupakan seseorang itu kerana tiada gunanya lagi aku mengharap sangat dengan dia sedangkan aku tidak pernah mengenali dirinya siapa.
Keesokkan paginya aku kembali ke rumah dengan ditemani oleh Gadafi. Dia menghantar aku pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan balik aku hanya berdiam seribu bahasa tanpa berkata sepatah pun dengan Gadafi. Tiba-tiba Gadafi bersuara dan meluahkan segalanya dalam hatinya kepada ku. Dia berterus terang kepada ku pertama kali melihat aku dia merasakan ingin sekali membatalkan pertunangan kepada ku kerana dia langsung tidak berkenan dengan aku. Dan dia juga berhasrat mengambil aku untuk bekerja di syarikatnya kerana adalah kehendak orang tuanya sendiri. Kerana selama ini dalam hatinya hanya pada Suziana kerana selama dia berkenalan dengan Suziana hati terpaut dengan kejelitaan dan kecantikkan yang ada pada Suziana tapi tiada dengan orang lain. Dan Gadafi mengakui sebenarnya cinta Suziana hanya pada Haiqal sahabat dia sendiri. Dia meminta maaf kepada ku kerana selama dia hanya berlakon jadi orang baik di hadapan sedangkan selama ini dia hanya menuruti kehendak orang tuanya.



“Kerana aku telah salah menilai mu Shaqila, aku hanya mementingkan kepada kecantikkan luaran tapi bukan pada hati. Selama ini aku buta dengan kecantikkan luaran.” Luah Gadafi kepada ku. “Maafkan aku Shaqila kerana menganggap diri mu seperti itu. Tapi aku melihat pada wajah mu tersimpan seribu rahsia kesedihan yang sedang bergelumang di dalam hati mu.” Sambung Gadafi lagi.
Aku faham apa yang Gadafi katakana pada ku. Dan aku sangkakan dia adalah seorang lelaki yang baik namun di sebaliknya sama sahaja seperti lelaki lain. Namun aku sedar siapa aku jika nak dibandingkan Gadafi jauh permata dengan kaca. Aku ibarat kaca yang tidak mempunyai kilauan cahaya berbanding dengan permata yang sudah terserlah dengan pancanrannya. Gadafi yang memilikki wajah tampan aku pula wanita gemuk yang memilikki warna kulit yang gelap. Namun itu tidak membuatkan aku rasa terhina, kerana ini adalah satu anugerah daripada Ilahi yang tidak ada pada orang lain. Aku tidak menyalahkan Gadafi dia menganggap aku seperti itu, kerana itu adalah hak dia menilai aku seperti mana orangnya.
Hati mula tersentuh bila Gadafi mendengar segala luahan aku kepadanya, tanpa disedari jatuh setitis air matanya yang ku lihat dari mata kasarku. Aku tidak menyangka seorang lelaki tampan menangis di hadapan tanpa menghiraukan lagi perasaan yang ada dalam hatinya. Walau bagai mana pun aku hanya mampu memberikan kasih sayang kepadanya tp bukan kerana hati aku mula terpaut dan jatuh cinta kepadanya. Aku mesti terima gadafi apa adanya kerana dia adalah bakal suami aku dan masa depan aku. Tiada lagi yang aku harapkan untuk menanti dengan jejaka secret admire. Tiada harapan ku lagi untuk menanti dan tiada alasan aku tidak menerima Gadafi apa adanya segalanya aku serahkan kepada Allah walau dalamnya cinta ku kepada seseorang.
Gadafi turut meluahkan perasaannya cintanya kepada ku, dia berharap aku dan dia akan kekal selamanya dunia dan akhirat. Aku tak mampu nak kata apa, dan tidak mengiyakan apa yang dia inginkan pada ku. Aku hanya katakan kepadanya aku hanya sayang kepadanya dan aku mengharap dia mengerti perasaan ku. Walau dia memilikki wajah yang tampan tapi ia tidak menggugat perasaan aku untuk jatuh cinta kepadanya. Belum terbuka lagi hati ku untuk menerima cinta sesiapa pun walau pun tunang aku sendiri.
Sebelum memulakan langkah kaki masuk ke rumah, aku sempat memberitahu kepada Gadafi jika kami ditakdirkan untuk hidup bersatu itu semua sudah ketentuanNya. Jika di sebaliknya mungkin Allah sudah janjikan untuk dia dengan wanita yang lebih baik dari aku. Kerana aku tidak ingin lagi mengharapkan sesuatu yang mungkin belum jadi nyata. Andai kata ia sudah menjadi itu sudah adalah ketentuan yang telah tertulis sejak azali lagi. Aku menyuruh Gadafi agar sentiasa menerima hakikat andai satu hari nanti kami tidak akan disatukan, aku menyuruh dia untuk mula belajar mencintai Allah sepenuhnya.
“Aku tidak akan berhenti untuk mencintai mu Nur Shaqila kau telah membuka keseluruhan hati ku untuk mencintai mu. Walau ku tahu selama ini aku mencintai sahabat aku sendiri, tapi ia tidak sama seperti yang aku rasakan dengan mu.” Kata Gadafi kepada ku.




Bab 9    
Hening pagi menyelinap masuk dingin sepi yang menjadikan perasaan tenang tanpa ada gelisah yang menyelubungi jiwa. Segalanya berlaku dengan pantas tiga bulan sudah pun berlalu dan aku mencari-cari jejaka secret admire di dalam laman facebook namun tidak kelihatan. Dia hilang entah ke mana aku tidak dapat mencarinya lagi, ke manakah dia pergi atau pun dia telah bernikah dengan tunang yang dia cintai. Kebetulan aku menerima kad jemputan kahwin daripada bekas majikan aku Encik Haiqal, Ariana menghantar kad jemputan itu kepada ku. Tapi satu perasaan yang datang dengan tiba-tiba hati menjadi cemburu bila aku melihat kad jemputan kahwin Encik Haiqal.
                Gadafi menjemput aku di perkarangan depan rumah bertandang ke majlis perkahwinan Encik Haiqal. Aku sudah mula menerima Gadafi dengan adanya kerana kesungguhannya yang menunjukkan dia benar-benar sayang kepada ku. Aku melihat kegembiraan di wajah Marisa yang kini sudah menjadi isteri kepada Haiqal. Aku hanya mampu menahan perasaan di hati melihat persandingan Encik Haiqal dengan Marisa kerana jatuh titisan air mata ku tanpa aku menyedari. Kenapa perlu aku tangisi perkahwinan Encik Haiqal sedangkan antara aku dan dia langsung tiada hubungan apa-apa yang istimewa.
                Seminggu kemudian Ariana datang berjumpa dengan aku, dan dia ingin memberitahu kepada ku perkara penting yang mesti aku tahu. Aku menjadi kehairanan dengan sikap Ariana seperti perkara itu sangat penting bagi ku. Dia menyatakan bahawa ini adalah soal cintanya yang selama ini dai tercari-cari siapakah jejeka secret admire. Aku dan Ariana makan tengah hari sama-sama sambil itu dia memberitahu tentang kebenaran yang selama ini aku tercari-cari.
“ Sha untuk pengetahuan mu, jejaka secret admire adalah Danish Haiqal iaitu majikan aku.” Terang Ariana kepada ku. Dan aku terkejut mendengarnya kerana selama ini orang yang ku cari-cari adalah bekas majikan aku.
“ Sejak bila lagi kau tahu Riana bahawa Encik Haiqal adalah jejaka secret admire yang aku kenal dalam laman facebook.” Tanya ku dengan lebih lanjut lagi.
“ Semenejak kau dan Encik Haiqal mula mengenali antara satu sama lain di dalam facebook. Encik Haiqal menyuruh aku rahsiakan semua ini tentang diri dia sebenar kerana dia tak ingin melukakan hati mu. Kerana dia meminta aku supaya jangan beritahu hal sebenar kepada kau, dia tak ingin kau merasakan kelukaan pada hatinya. Kerana dia tahu dia tak boleh mencintai mu kerana cintanya yang begitu mendalam dengan Suziana mana lagi dia terpaksa berkahwin dengan bukan pilihan hatinya.” Jelas Ariana lagi.
“ Terima kasih Riana kerana beritahu aku perkara sebenar siapakah jejaka secret admire tu. Dan aku takkan menghara[ dia lagi kerana dia kini telah pun berpunya, dan aku pula telah menjadi tunang kepada Gadafi.” Kataku lagi.
“Aku tak sanggup menyimpan rahsia ini lama-lama kerana dari apa yang aku lihat kau masih mencari-cari dia dan aku tak sanggup melihat kau menderita dan aku inginkan kau hidup bahagia Sha.” Sambung        Ariana lagi.

                Kini aku telah mengetahui kebenaran tentang Danish Haiqal, seorang insane lelaki yang sangat aku cintai dalam alam maya rupanya berada depan aku dan dia adalah bekas majikan aku. Hujan turun membasahi bumi aku terduduk seorang diri dan Ariana telah pergi kerana ada tiba-tiba sahaja dia terima panggilan dari tunangnya dan terus sahaja berlalu pergi. Aku menangis sendirian seorang diri, betapa sedihnya hati ku ini kerana ia wujud sendiri di depan mata aku. Tidak hairanlah kenapa dia selalu menghubungi aku dan sentiasa mengambil berat akan diri ku. Aku segera menghubungi Encik Haiqal dan aku benar-benar ingin berjumpa dengannya, namun pelbagai alasan dia berikan kepada ku bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan ku. Dan aku akur segalanya, aku tahu mungkin aku tidak ditakdirkan hidup bersama dengannya. Kerana Encik Haiqal telah pun di milikki seseorang.
                Ibu terkejut melihat keadaan yang semakin hari semakin tidak keruan, kerana majlis perkahwinan aku bakal akan dilangsungkan tidak lama lagi. Gadafi selalu risau akan keadaan ku, kerana aku sudah begitu jarang untuk tidak datang kerja. Setiap hari Gadafi datang rumah dan melihat keadaan aku seperti orang yang tiada semangat untuk hidup lagi. Gadafi selalu membawa aku ke klinik dan hospital dan jawapan tetap sama aku tidak menghadapi sakit apa-apa pun, doctor mengatakan aku hanya terlalu banyak fikir dan menyebabkan keadaan aku seperti ini. Ibu sering menangis melihat keadaan yang semakin serius dengan sakit ku. Sehinggakan ibu tak tahu nak buat apa lagi, kerana sakit ku semakin bertambah serius. Gadafi hamper putus asa kerana setiap kali aku dibawa ke klinik dan hospital doctor mengatakan aku tiada apa-apa. Gadafi memberikan aku cuti panjang kerana masalah kesihatan aku yang tidak mengizinkan.
                Kerana majlis perkahwinan aku dengan Gadafi akan berlangsung tidak lama lagi, dia berusaha untuk membawa ke mana pun yang penting aku sihat agar majlis perkahwinan nanti akan berjalan dengan lancar. Tapi segalanya hampa belaka kerana aku benar-benar tidak berdaya lagi untuk kearah seperti orang sihat kerana keadaan aku semakin bertambah kritikal. Ibu tak tahu nak buat apa lagi kerana sakit ku semakin parah, lalu Gadafi mencadangkan kepada ibu untuk membawa aku ke luar Negara untuk membuat perubatan yang lebih baik. Ibu tidak menolak malah membenarkan aku untuk ikut bersama Gadafi pergi luar Negara dan di temani oleh ibu ku.
                Beberapa hari kemudian aku tiba sampai di Australia dan aku terus dibawa ke hospital dan berjumpa dengan Doktor Reymond dan salah satu sahabat Gadafi yang pernah sama-sama belajar di London dulu. Aku semakin terharu dengan sikap Gadafi yang terlalu mengambil berat akan diri ku, sehingga sanggup berkorban apa sahaja asalkan aku sihat seperti sedia kala. Walau pun perkahwinan kami tertangguh namun dia tetap tabah hadapi semuanya kerana dia menganggap inilah ujian Allah yang diberikan untuk aku dan dia. Hati ku semakin berdebar-berdebar saat aku bertemu dengan Doktor Reymond, serta dia mengatakan Gadafi tepaksa menahan aku di hospital kerana ingin memeriksa aku dengan lebih terperinci lagi. Gadafi hanya ikut sahaja kehendak sahabatnya yang penting dia ingin aku sihat dan boleh kembali ceria seperti dahulu.
                Sudah seminggu aku ditahan di hospital, Gadafi dan ibu begilir-gilir menjaga aku di hospital. Air mata menitis tanpa aku sedari kerana kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu membuatkan aku menjadi bertambah eratnya sayang dan cintaku terhadap ibu ku. Dan aku mula terharu dan sedikit demi sedikit cinta hati ku terbuka untuk dia, kerana pengorbanan dan kasih sayang serta cintanya yang dia tunjukkan kepada aku membuatkan aku lupa seketika cintaku alam maya.

                Keputusan daripada D. Reymond telah pun keluar dan dia mengatakan kepada ku bahawa aku menghidap penyakit barah tahap ketiga , dan boleh membuat pembedahan dengan segera walau pun peluang aku hanya lima puluh peratus untuk sembuh. Tanpa menunggu masa yang lewat Gadafi terus sahaja menandatangani surat untuk aku dibedah, agar aku boleh sembuh sediakala. Ibu tidak berhenti berzikir kepada Allah agar tiada apa-apa yang berlaku kepada diriku. Saat itu aku terus menjalani proses pembedahan otak ku, aku hanya mampu bertawakkal dan berserah kepadaNYA. Sebelum itu aku sempat menghantar satu email kepada Haiqal dan memberitahu dia akan keadaan aku sekarang, aku meminta kepadanya mendoakan aku semoga aku selamat dan begitu juga dengan Ariana aku sempat menghubunginya walau pun ketika itu aku sangat jauh daripada Ariana. Dan aku menerima sebuah puisi daripada Haiqal aku makin menangis tanpa henti kerana cinta yang seketika hilang kembali mekar kerana satu puisinya yang benar-benar buat aku tersentuh.

Andai aku bisa putarkan kembali masa waktu yang hilang,
Andai aku bisa katakana segalanya tentang apa yang tersirat,
Segalanya menjadi debu kerana tiada perlu yang dikesali,
Kerana permata yang bersinar aku biarkan ia pergi,
Kerana aku tidak menganggap ia bermakna kepadaku,
Andai aku belum berpunya pasti aku akan memilih diri mu,
Tapi siapalah aku untuk menidakkan segalanya,
Kerana segalanya sudah menjadi ketentuan Ilahi,
Terima segala Qada dan Qadarnya,
Hanya Dia yang menentukan tentang hidup mati kita,
Terus terang aku katakan yang aku pernah jatuh,
Dalam lurah cinta mu saat aku selami lautan luas hati ku,
Namun aku nafikan segalanya kerana aku menyatakan,
Cinta ku hanya pada seorang sedangkan cinta itu sudah lama lenyap dalam hati ku,
Aku tidak sanggup untuk berpura-pura lagi kerana sakit yang aku rasakan,
Aku merasakan kebahagiaan bersama mu,
Andai ia diputarkan kembali ingin aku katakan segalanya kepada mu,
Kaulah segalanya.
               
Nur Shaqila saat ku tahu siapa sebenarnya Wanita Nur aku rasa bagaikan dalam mimpi kerana seseorang itu aku pernah kenali dan pernah menjadi pekerja aku. Bagaimana aku tahu itu semua sudah takdir, namun aku terlambat menyatakan segala hasrat hati ku. Aku menceritakan segalanya kepada sahabat mu Ariana, hanya dia yang memahami aku dan mengerti perasaan ku. Andai aku tahu tentang kebenaran itu akan aku berusaha untuk menjadi milikmu. Namun segalanya sudah takdir kita tidak bersama. Bukan aku tidak menerima cinta mu pada saat itu, kerana aku dalam kebingungnan aku dipaksa untuk bertunang dengan Marisa dan pada masa itu aku masih mencintai seseorang dalam hidup aku. Aku asa tidak adil bagi ku untuk menerima cinta mu kerana aku ingin melukakan hati mu, aku bukan untuk mu aku tidak sesuai untuk mu dan aku harap Gadafi dapat membahagiakan hidup mu. Hanya dia boleh memberikan kau kebahagiaan itu tapi bukan aku. Kini aku telah dimilikki dan aku sudah tiada apa-apa dengan seseorang yang aku cintai iaitu Suziana. Tapi percayalah wanita yang sangat aku cinta sedalam hati ku adalah Nur Shaqila Binti Ismail. Semoga hidup mu bahagia dengan gadafi, dan semoga cepat sembuh. Lupakanlah aku Nur Shaqila aku tidak layak untuk mu.
                Selepas aku membaca email dari Haiqal air mata ku tak berhenti-henti mengalir namun Gadafi dan ibu sentiasa memberikan semangat kepada ku agar aku tabah dan kuatkan hati agar aku cepat sembuh. Aku dimasukkan ke dalam wad pembedahan dan selang lima belas minit aku sudah tidak sedar diri. Gadafi dan ibu menunggu aku di luar pembedahan, selama dua belas jam aku berada dalam wad pembedahan. Akhirnya pembedahan tumor telah selamat dikeluarkan dari otak aku. Tidak lama kemudian aku sedarkan diri dan melihat Gadafi dan ibu berada di sebelah ku, menangis-nangis ibu melihat aku yang kini sudah selamat dan sedar dari pembedahan. Aku terpaksa ditahan dalam satu minggu di hospital untuk pemeriksaan yang selanjutnya dan memastikan aku sihat sepenuhnya.
                Sebelum kembali ke tanah air, Gadadfi sempat membawa aku dan ibu pergi bersiar-siar mengelingi seluruh tempat yang menarik di Australia. Aku dan ibu tinggal di rumah kondomunium Gadafi di tengah Bandar Australia. Pertama kali dalam hidup aku menjejakkan langkah kaki di Negara asing. Azmi dan Saiful kerap menghubungi ibu dan aku di Australia, sering bertanya tentang keadaan aku dan ibu. Ibu juga tidak ketinggalan membeli buah tangan untuk cucu-cucunya dan menantunya untuk di bawa balik ke tanah air. Ku melihat keceriaan pada wajah ibu yang sering kelihatan tersenyum.
                Aku membuka lap top kepunyaan Gadafi dan seperti biasa aku melayari internet dan membuka sekali laman facebook. Ku melihat status ku terlalu ramai yang memberi komen dan tidak ketinggalan sahabat aku Ariana yang memberikan aku sokongan dan semangat untuk berjuang melawan sakit aku. Aku rasa terharu kerana mempunyai sahabat yang tidak jemu menyayangi aku. Aku langsung tidak menerima sebarang komen atau mesej daripada Haiqal. Dan kebetulan Ariana juga turut membuka laman facebook dan kami berbual panjang sehingga aku tidak menyedari hari semakin senja. Aku sedih mendengar daripada cerita Ariana mengenai Haiqal kehidupan hariannya yang tidak terurus seperti orang hilang semangat untuk meneruskan hidup. Ariana sentiasa memberikan nasihat kepada Haiqal agar sentiasa tabah dan sabar menghadapi hidup walau ia bukan dari kerelaan hatinya sendiri.
               

Haiqal juga selalu meluah kepada Ariana bahawa Gadafi sangat bertuah memilikki aku. Bukan senang untuk mencari seorang wanita sebaik Nur Shaqila itulah kata Haiqal kepada Ariana. Aku tidak dapat berbuat apa kerana masing-masing sudah dimilikki. Andai waktu bisa dikembalikan akan aku pilih Haiqal menjadi penyeri hidup ku. Sekali lagi air mata ku mengalir dalam doa dan zikir ku. Tidak henti aku mendoakan Haiqal agar menjadi orang yang tabah menghadapi hidupnya. Dan aku juga tidak pernah berhenti berdoa agar hati Haiqal dilembutkan untuk menerima aku seadanya, kerana aku salami hati aku sedalamnya begitu dalamnya cinta ku kepada Haiqal. Aku rasa bersalah sangat kepada Gadafi kerana cinta yang hadir untuk Gadafi adalah atas rasa terhutang budi ku kepadanya. Sudah puas aku mencuba dan berdoa agar hati sepenuhnya terbuka luas untuk Gadafi, tapi ternyata ia adalah cinta atas dasar hutang budi ku kepada dia.
Maafkan aku andai kata aku bersalah,
Tiada niat di hati untuk mengguris hati mu,
Kau terlalu istimewa bagi ku,
Aku sangat sayang pada mu,
Dan aku sangat cinta pada mu,
Ku rasakan setiap cebisan bisikkan hati,
Seringkali ia terluah bila ada waktunya,
Namun apakah ia masih ada,
Jika kita ditakdirkan untuk hidup bersama.
                Aku titipkan sebuah puisi dalam laman facebook agar orang tahu perasaan ku terhadap seseorang yang tidak akan pernah hilang oleh waktu. Gadafi mengejutkan aku dan ia membaca setiap baris kata-kata puisi aku. Lalu ia pun berkata kepada ku.
“ Abang tahu bukan sukar untuk kau lepaskan cinta mu untuk seseorang, walau pun aku sudah berusaha untuk memilikki cinta mu walau sedikit pun. Kerana apa yang aku lakukan ini kerana keikhlasan hati ku yang bakal menjadi suami mu. Tolonglah berikan aku secebis cinta mu kepada ku, janganlah kau tunggu khayalan dan bayangan seseorang yang tidak akan wujud sampai bila pun. Gadafi meluahkan segalanya kepada ku dan mengalir sekejap titisan air matanta membasahi pipinya.
“ Ini hanya kata-kata kiasan untuk mengindahkan lagi kata-kata ku dalam novel aku. Sebab aku nak buat novel untuk mengisi masa lapang ku. Dan tajuk novel itu telah aku temuinya tajuknya ialah Cinta Kerana Allah. Marilah kita menunaikan solat selepas itu saya nak mengaji al-Quran.” Sambung ku lagi sambil itu aku terus menutup laman facebook sekali menutup lap top.
                Gadafi tidak sempat berkata apa-apa lagi kerana aku telah mengajaknya untuk menunaikan solat wajib. Aku tahu berdosanya jika aku tidak mencintai tunang aku apatah lagi dia bakal suami aku. Dan aku sangat bersyukur kerana di pertemukan insan sebaik Gadafi namun cinta ku pada dia hanya sekadar terhutang budi..

Bab 10
                Aku, ibu dan Gadafi telah pun selamat kembali ke tanah air, dan ayah menyambut kepulangan aku dan ibu di lapanagn terbang. Manakala Gadafi telah diambil oleh pemandunya sendiri. Asalnya Gadafi ingin menghantar aku dan ibu pulang ke rumah namun kebetulan ayah tiba ke lapangan terbang menyambut kepulangan kami. Ayah rasa sangat bersyukur kerana aku selamat dan kini telah sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Namun Gadafi tidak membenarkan aku bekerja dahulu kerana dia mahu aku berehat dalam masa seminggu ini dan setelah itu baru dia akan benarkan aku turun kerja.
                Keluarga Azmi dan keluarga Saiful menyambut kedatangan ku di rumah serta membuat kenduri doa selamat untuk aku. Rasa kesyukuran ku yang teramat sangat kepada Allah kerana memberikan aku sebuah keluarga yang sangat bahagia serta teramat sangat menyayangi aku. Tak lama beberapa minit kemudian ku melihat Suziana berdiri di hadapan rumah ku dan ingin mencari ku. Aku terkejut yang amat sangat apabila Suziana memaki hamun aku untuk meninggalkan Gadafi dengan segera kalau tidak parah akibat yang bakal aku terima. Aku sangat terkejut mengapa dia pergi mencari aku kenapa tidak isteri Haiqal kenapa harus aku? Dan dia juga member amaran kepada ku untuk menjauhkan diri dari Gadafi. Aku semakin bingung dan hairan dengan tingkah laku Suziana yang ku sangka selama ini adalah wanita baik tapi sangkaan aku meleset ternyata dia sama sahaja seperti wanita lain yang tak pernah jaga maruah diri sendiri. Dan dia terus berlalu pergi tanpa mendengar segala alasan aku.
                Aku segera menghubungi Ariana dan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku kepada diri ku. Aku meberitahunya bahawa Suziana datang mengagak aku di rumah dan memaki hamun aku tanpa memberikan salam kepada ku. Dalam masa yang sama aku juga memberitahunya aku sudah selamat sampai ke sabah, dan malam ini aku ingin berjumpa dengan dia. Selsesai sahaja solat isyak aku terus bersiap untuk bertemu dengan Ariana.
                Ku melihat keceriaan senyuman pada raut wajah Ariana yang begitu gembira melihat aku sihat dan aku juga membalas senyumannya. Aku memesan minuman dari pekerja restoran itu dan begitu juga dengan Ariana turut sama memesan minuman kegemarannya. Aku memulakan cerita kepada Ariana dan menceritakan hal sebenar yang baru berlaku sejak tengah hari tadi. Aku ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup Suziana sehingga sanggup memaki aku dan menyuruh aku meninggalkan Gadafi sedang diaa adalah tunang aku.
“Aku tidak tahu apa sebenarnya tiba-tiba Suziana datang ke rumah aku dan memaki hamun tanpa sebab dan alasan. Aku semakin sedih melihat keadaan aku seperti ini yang sentiasa dihina dan diherdik orang Riana.” Kata ku kepada Ariana lagi.





“Sebenarnya Suziana sudah putus dengan Haiqal kerana kedapatan Suziana mejalinkan hubungan sulit terhadap seseorang yang tidak dikenali. Lalu Haiqal memutuskan untuk mengakhiri hubungan dia dengan Suziana, dan dalam masa yang sama Suziana mencari Gadafi tetapi tidak dapat dihubungi. Lalu Suziana sering mengganggu hidup Haiqal dan meminta agar hubungan mereka berdua segera kembali bersama seperti dahulu. Lalu Haiqal membuat keputusan untuk berkahwin segera dengan Marisa. Aku kesian melihat keadaan Haiqal seperti orang yang hilang arah tujuan.” Terang  Ariana kepada ku.
“Yang peliknya kenapa dia minta aku suruh tinggalkan Gadafi. Apa salah aku sebenarnya kepada dia Riana. Mungkin kau tahu sesuatu tentang Suziana.” Tanya ku kepada Ariana dengan tidak puas hati.
“ Aku pernah mendengar Suziana berbual dalam telefon aku tidak tahu siapa yang dia hubungi sebenarnya, dan dia meminta supaya Gadafi segera memikat hati Marisa agar Suziana boleh kembali dengan Haiqal.” Sambung Ariana lagi.
                Setelah mendengar segala penjelasan daripada Ariana baru aku mengerti mengapa Suziana bertindak sedemikian. Aku hanya berserah kepada takdir kerana jodoh adalah ketentuan daripada Ilahi. Aku juga mengatakan kepada Ariana bahawa perkahwinan aku akan berlangsung dalam tiga minggu lagi. Dan aku tak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku dan diluar jangkaan. Aku sangat sayangkan ayah dan ibu aku tak mahu lukakan hati kedua orang tua ku. Aku berharap semoga majlis perkahwinan ini berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa halanagn lagi. Aku terima dengan pasrah andai Gadafi adalah jodoh aku dan jika aku tidak ditakdirkan dengan dia aku hanya mampu berserah kepadaNYA.
                Keesokan paginya seperti biasa aku bersenam di depan rumah kerana Doktor Reymond menasihatkan aku supaya buat senaman pagi. Ibu pula sibuk menyediakan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Aku merasa seperti seolah-olah hidup kembali sedia kala dan mempunyai semangat dan kekuatan agar tabah menghadapi ujian yang bakal tiba. Segalanya aku sudah bersedia aku kuatkan hati agar sentiasa sabar walau apa pun yang berlaku. Aku hanya mampu berserah kepada Ilahi dan kepadaNya aku meluahkan segala rasaku dan setiap dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku tahu tidak semua insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
               

               
               









No comments:

Post a Comment