Seringkali aku melihat mu,
seringkali itulah rindu ku selalu ada,
ia datang tanpa diundang,
ia pergi tanpa keizinan ku,
namun adakah kerinduan itu,
akan terbalas oleh mu,
atau hanya aku seorang yang merasakan,
rindu itu datang,
kenapa setiap kali aku bersua dengan mu,
lidah ku kelu berbicara,
berpura-pura,
cinta ku kepada mu,.
tiada dalam hati ku,
sedangkan aku menahan segalanya,
bersikap seperti aku tabah menghadapinya,
tapi setiap kali itulah air mata ku mengalir,
kerana merindui mu,
aku merasakan debaran ku,
bila kau hadir di hadapan ku,
namun aku tahu siapalah aku untuk mu,
mungkin tiada lagi ruang hati mu untuk aku,
aku berlakon menjadi sahabat mu,
sedangkan hakikatnya,
aku teramat sangat mencintai mu,
setulus ikhlas hati ku,
percayalah aku mencintai mu,
kerana Allah taala....
No comments:
Post a Comment