Friday, 6 April 2012

Cinta ku..

  Aku tak pernah paksa hati ini untuk menerima kamu dalam hidup aku. Aku tahu sekiranya kau menerima aku dan aku menerima kamu pasti kekecewaan yang pasti akan sentiasa menyelubungi perasaan di jiwa dan hati kita. Namun sejauh mana pun aku ingin melupakan mu, namun hati ku kepada semakin begitu dekat dan sentiasa mekar dalam hati. Mungkin kamu akan berfikir aku belum jumpa seseorang yang berkenan dalam hati ku. Aku harap aku boleh buka pintu hati ku untuk orang lain, tapi mampukah aku lakukan semua itu. Kerana aku merasakan cinta mu dalam hati ku. Namun setiap kali aku meluahkan kepada mu kamu asyik menyatakan tidak dan kamu tidak pernah berikan apa-apa langsung kepada ku.
  Sehingga aku mengatakan kepada mu mungkin kau hanya mempermainkan perasaan aku, namun kau katakan padaku anggap sahajalah seperti itu. Tapi di sebalik kata-kata mu kau katakan kepada ku jangan anggap kau hanya mempermainkan perasaan ku, kerana pada masa itu kau keliru sama ada ingin menerima cinta ku atau tidak? Kenapa tidak sahaja kamu tolak cinta aku ketika itu, tapi kau katakan pada aku kerana kau ingin menjaga perasaan aku dan tidak mahu aku merasa malu. Tapi aku masih ingat kau pernah kataa pada aku bahawa doa mu selama ini termakbul kerana aku menerima diri mu dalam hidup ku. Aku sendiri pun keliru yang sebenarnya.
  Sehingga kini aku masih merasakan cinta dan perasaan yang sama ketika dulu kita pernah merasakan cinta antara satu sama lain. Namun kau tetap akan menafikan bahawa kau tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku. Aku harap perasaan ku terhadap mu akan berlalu begitu dengan cepat. Tapi cinta itu makin dekat sangat sanagt dalam hati ku. Aku tidak dapat melupakan mu aku sentiasa teringatkan kenangan kita, sehingga kau pernah katakan pada ku kau takkan sesekali melupakan kenangan manis kita berdua. Tapi adakah kau telah melupakan kenangan manis kita walau hanya di laman muka buku ini..?
  Aku tahu kau telah di milikki oleh seseorang insan, dan telah pun mendirikan masjid Allah. Aku tahu semua itu, namun mampukah aku meleraikan cinta yang ada dalam hati ku ini kepada mu, bisakah aku memilikki seseorang hanya kerana aku ingin iya sama seperti mu. Bagi ku itu tidak adil kerana aku hidup dalam kepura-puraan. Berpura-pura bahagia tapi sebenarnya hati terseksa kerana masih mencintai orang lain. kau sendiri katakan pada aku jikalau aku sudah menjadi isteri orang mahukah aku berjumpa dengan mu, dan aku mengatakan iya dan begitu juga dengan kau. Tapi oleh kerana kau tidak ingin lihat hati ku terluka kau tak ingin bertemu dengan aku. Sedangkan hati ini sangat kuat ingin bertemu dengan diri mu.
  Percayalah dengan seikhlasnya aku mencintai mu kerana Allah. Kau pernah katakan pada ku kau tak sesuai untuk aku. Semua itu adalah ketentuan Ilahi, aku juga bukanlah insan yang sangat sempurna di sisi Allah, Tapi aku ingin menjadi yang terbaik dan menjadi insan yang soelha yang sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w,t. Maafkan aku kerana masih mencintai mu yang tak tak mungkin kau akan membalasnya. Cukuplah sekadar engkau tahu bahawa aku masih mencintai mu masih ada cinta mu yang ada dalam hati ku. Masih ada kesannya dalam hati ku ku harap agar cinta yang ada dalam hati ku ini kekal selamanya yang sentiasa bersemadi dalam hati ku seperti yang kau pernah katakan padaku kau akan semadikan cintaku dalam hati mu buat selamanya aku masih ingat apa yang kau pernah katakan pada ku. Sentiasa aku ingat hingga akhir hayat ku... Kerana tiada sudah cinta yang mekar dalam hati melainkan cinta kepada Allah cinta kepada rasul, cinta kepada orang tua ku dan cinta yang terakhir cinta ku kepada mu AFS....

No comments:

Post a Comment