Inilah ujian daripada Allah, yang sering dihina dan difitnah tanpa ada bukti alasan yang kukuh. Patutkah seorang muslimah perlu menunjuk-menunjuk segala kebaikkannya kepada orang ramai. Kenapa insan yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dikatakan pura-pura alim dan dikatakan adalah syaitan kerana sudah cukup bersabar apa mereka lakukan kepada kita. Bukan kemarahan yang boleh menyelesaikan segalanya, tapi perkataan SYAITAN itulah yang sering aku benci aku dengar.
Aku adalah insan biasa yang tidak pernah lari dari kesilapan dan sentiasa mendapat ujian daripada Allah. Inilah sebagai insan muslimah sejati sering ditindas dan dihina. Sering diuji agar bertindak untuk melakukan pergaduhan. Aku langsung tiada niat mahu melawan atau pun bergaduh, aku ingin menjadi insan yang sabar dalam apa jua pun. Ya Allah jadikanlah aku hamba yang sentiasa mendapat cahaya kasih sayang Mu, cahaya cinta Mu dan cahaya Keimanan Daripada Mu. Aku tahu mungkin kerana terlalu banyak dosa ku sehingga Allah menghukun aku seorti ini. Aku redha walau apa pun hukuman yang Dia berikan pada ku. Siapalah aku di sisi Allah hanya insan yang sangat kerdil tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Ampuni aku ya Allah kerana meninggikan suara ku tanpa aku sedari. Kerana cinta ku dan sayang ku terhadap kucing peliharaan ku, aku tidak sanggup mereka diherdik atau dihina sesuka hati. Ini akan lebih mengguris hati ku Ya Allah. Kerana hadirnya mereka dengan izin Mu, kucing itu lebih menyayangi aku dari orang yang ada kaitan dengan ku. Kerana mereka lebih memahami ku dan sangat sayang pada ku. Ketika aku sakit mereka sentiasa ada untuk aku. Engkau takdirkan hidup mereka untuk aku. Merekalah segalanya untuk ku. Mungkin kerana aku tiada rezeki dalam bekerja membuatkan kucing ku sering kelaparan. Aku biarkan mereka untuk mencari makanan sendiri dan usaha sendiri. Namun mereka tidak pernah pergi ke mana-mana pun kerana sering menanti kehadiran ku.
Ampunilah aku ya Allah kerana kau hadirkan mereka untuk aku hidup sentiasa tenang kerana mereka sentiasa memahami keadaan ku. Kerana doa mereka kepada Mu sentiasa termakbul Oleh Mu. Bissmillahir Rahman Nir Rahim...
No comments:
Post a Comment