pertama kali aku mengenal erti sebuah cinta, aku fikir ianya akan berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan. ternyata sangkaan meleset, kerana cinta pertama yang pernah hadir dalam hati ini ku harapkan ia berkekalan hingga akhir hayat ku. tapi cinta itu ternokhtah tanpa sebarang ulasan yang sukar untuk aku fahami. segalanya telah diatur dan aku hanya menganggap ia sebagai satu ujian sebagai seorang hambaNYA. iya! memang aku sangat sayang cinta pertama ku ini tapi akhirnya ia pergi dengan aliran air di sungai dengan hala tujuannya sendiri. sukar untuk kubayangkan bagaimana rasa seksanya di hati ini setelah cinta yang pernah bertakhta di hati berakhir begitu sahaja.
namun aku kuatkan semangat ku untuk menjalani liku2 kehidupan dengan berbekalkan zikir di hati. mujurlah aku sempat mencari cinta yang sejati yang benar2 wujud dalam hati tanpa aku sedari. dengan cinta ini aku terlalu banyak belajar erti ketabahan dan kesabaran. dan aku sangat yakin cinta inilah yang kekal buat selamanya dunia dan akhirat. walaupun aku pernah mengharapkan cinta seorang insan namun aku dibalas dengan kesakitan. cinta kepadaNYA dibalas dengan ketenangan dan kebahagiaan menuju ke jalanNYA. dan aku yakin aku pasti dapat cinta yang akan hadir dalam hati ini untuk mendapatkan cinta sejati ku.
pada masa aku hanya mengejar cinta padaNYA, yang tiada keraguan dalam hati. segalanya berlaku dengan tenang tanpa ada perasaan gundah gulana. aku sentiasa merindui Dia selalu tanpaNYA siapalah aku untuk melihat hak milikNYA di dunia ini. dengan cinta yang diberikan padaku aku ku jaga dan ku genggam hingga akhir hayat ku dunia akhirat.
tiada cinta yang boleh kekal melainkan cinta kita sebagai insan kepada yang maha Esa. aku cinta PadaMU
No comments:
Post a Comment