ku berpura-pura,
seolah tiada yang berlaku,
kebenaran yang tersembunyi,
sentiasa tertutup takkan ada,
siapa yang tahu,
walau pun aku belum pernah menemui mu,
namun hati ku selalu ada nama mu,
bagaikan tercipta satu nama,
yang sudah pun tertulis,
namun adakah dikau mengerti,
tentang perasaan yang sentiasa hadir,
dan selalu wujud dalam hati ku,
tak mampu aku berharap agar ia menjadi milik ku,
tak mampu lagi aku menahan rasa ini,
membuatkan aku sering menanti,
kasih yang belum pasti wujudnya lagi,
namun seringkali kau muncul,
kerinduan ku pada mu semakin mendalam,
aku tidak mengharap kau akan merasakannya,
kerana aku tahu hati mu pada orang lain,
mungkin tiada ruang lagi untuk aku,
di dalam hati mu,
aku ikhlas kan hati ku walau apa pun...
No comments:
Post a Comment