Sunday, 8 January 2012

Erti Sebuah cinta

Ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan cinta?? Ada di kalangan kita mengannggap cinta ini adalah satu bahan mainan setiap insan yang mengatakan cinta itu sentiasa datang dan pergi. Pernahkah kita sebagai insan ingin mengenali sebuah cinta yang suci dan sejati? Adakah kita sebagai insan untuk mencari cinta ini dan kekalkan ia di dalam hati hingga akhir hayat dunia dan akhirat? ramai mengatakan cinta itu akan pudar andai kata ianya tidak dianggap cinta yang hakiki.
Apa yang ingin aku kata kita sebagai hambaNya kejarlah cinta Dia selagi kita belum dapat merasakan cinta yang datang Daripada Dia. Selagi itulah kita sebagai hamba sentiasa berusaha dan terus berusaha mengejar cinta Allah. seperti mana kita menyintai seorang insan begitulah kita kejar cinta Dari Dia dan lebihkan cinta yang ada dalam hati kita kepada Allah. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah sentiasa memperkenankan doa hambaNya agar kita sentiasa ingat Pada Dia, merindui Dia dan mencintai Dia selamanya.
Allah akan berikan cinta itu kepada kamu kepada seorang insan yang layak menerima cinta itu. Percayalah sesungguhnya Allah itu lebih maha mengetahui segalanya. kadangkala Allah memberikan cinta itu kepada hamba yang disayangi OlehNya. Dan sepatutnya kita sebagai hamba sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang diberi OlehNYa.
Dan memang Allah telah menetukan jodoh hambaNya di dunia ini. Dan sebagai hamba yang soleh dan soleha haruslah berusaha mencarinya. Terlebih dahulu Allah menginginkan hambaNya mengejar cintaNYa terlebih dahulu dan percayalah Allah pasti akan memberi cinta itu kepada kamu. Oleh itu cinta yang suci dan sejati adalah cinta Kepada Allah kemudian selebihnya carilah cinta itu yang datang DaripadaNya.

No comments:

Post a Comment